Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.la] | مڽالا

Definisi : 1. ada nyalanya, hidup (api): jikalau tiada kayu di manakan api itu ~?; lampu menyala dgn terang-benderang; merah ~ = merah menyala merah spt api; 2. ki bertambah hebat, makin menjadi, berkobar-kobar: kemarahannya makin menyala; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.la] | مڽالا

Definisi : 1 mengeluarkan nyala; hidup (bkn api): Api itu tidak ~ kerana kayu basah. Lampu di rumahnya ~ terang benderang. 2 ki bertambah hebat; makin menjadi; berkobar: Semangatnya makin ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nyala (kata nama)
Bersinonim dengan api, lidah api;,
Kata Terbitan : menyala, menyala-nyala, menyalakan,

Puisi
 

Encik Mat Tahir pengasuhnya,
     Muara peti pandai menyala;
Ambillah air buat pembasuhnya,
     Hiduplah api menyala-nyala.


Lihat selanjutnya...(10)
Peribahasa

Telinga terbakar muka menyala.

Bermaksud :

Lekas marah kerana mendengar sindiran atau kecaman.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
ignitevi bernyala, menyala: petroleum ~s easily, petroleum menyala dgn mudah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
scarletn (colour), (warna) merah menyala: she was dressed in ~, dia memakai baju merah menyala.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 1 vi bernyala, menyala: the fire won’t ~ as the wood is damp, api tdk mahu menyala krn kayu basah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
light 1 vi bernyala, menyala: the fire won’t ~ as the wood is damp, api tdk mahu menyala krn kayu basah;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
rekindlevi 1. bernyala semula: the dying fire ~d when he blew on it, api yg hampir padam itu menyala semula sewaktu dia meniupnya; 2. (fig.), /menyala, hidup/ semula; (of enthusiasm), /berkobar-kobar, bernyala-nyala/ semula: hope ~d when another ship appeared on the horizon, harapan menyala semula sewaktu sebuah kapal lain muncul di ufuk;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
red-hotadj 1. (of metal) heated to redness, merah menyala, pijar: the ~ coils of the toaster, gelung pembakar roti yg merah menyala; 2. very hot, sangat panas: the ~ iron burnt a hole in my shirt, seterika yg sangat panas itu menyebabkan baju saya terbakar dan berlubang; 3. full of fervour, bersemangat berapi-api, bernyala-nyala: a ~ young democrat, golongan demokrat muda yg mempunyai semangat berapi-api.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flamingadj 1. blazing, bernyala: a ~ log fell out of the fire, sepuntung kayu yg bernyala jatuh dr perapian; 2. very bright, menyala; (of sky, sunset) merah menyala, bersemarak: a ~ red dress, baju yg warnanya merah menyala; 3. heated, berapi-api: a ~ row, pertengkaran yg berapi-api; be in a ~ temper, sedang naik darah; 4. (colloq) damned, celaka: where’s my ~ passport, di mana pasport celaka aku?.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
ignitevt (with human agent) mencucuh, menyalakan; (with non-human agent) menyebabkan sst /bernyala, menyala/: his cigarette stub ~d the petrol, puntung rokoknya telah menyebabkan petrol itu menyala.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
flarevi 1. also ~ up, blaze with unsteady flame, menyala; (with large flame) memarak: the candle ~d and went out, lilin itu menyala lalu padam; the wind caused the fire to ~ up, angin menyebabkan api itu memarak; 2. also ~ out, widen gradually, kembang: the skirt ~s slightly, skirt itu kembang sedikit;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
alight 2 adj 1. on fire, kindled, terbakar; (of fire, torch, lamp, candle) menyala, bernyala: the torch was to be kept continually ~, obor itu hendaklah sentiasa dibiarkan menyala; catch ~, terbakar; set st ~, membakar sst; (fire, torch, lamp, candle) menyalakan sst: the cause of the fire was a pile of rubbish which some youths had set ~ to, punca kebakaran itu ialah longgokan sampah yg dibakar oleh sekumpulan pemuda; 2. lit up, a. disinari, diterangi: the house was ~ with hundreds of candles, rumah itu diterangi oleh beratus-ratus lilin; b. (fig.), (of eyes) bersinar, bercahaya; (of face) bercahaya, berseri-seri: eyes that were ~ with love, mata yg bersinar dgn kasih sayang; his face was ~ with pleasure, mukanya bercahaya krn gembira;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
1234

Kembali ke atas