Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ma.i] | مڽاماءي

Definisi : sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ma.i] | مڽاماءي

Definisi : sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyamai

Peribahasa

Permaisuri raja berurap-urapan,
     lipas di dinding timpa perasaan.

Bermaksud :

Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Mohon istilah bagi kegiatan menyamai kokurikulum tetapi bersifat akademik seperti persatuan, acara kuiz, syarahan dll. Bolehkah dinamakan koakademik? Terima kasih.Hasil perbincangan DBP dengan KPM, kegiatan yang mendukung akademik boleh dinamakan koakademik.Lain-lain17.01.2023
Assalamualaikum Adakah pantun yang diakhiri dengan bunyi atau sukukata yang sama salah dalam konsep sebuah pantun. Seolah-olahnya seperti syair. Bagaimanakah untuk menentukan sebuah pantun itu dalam kategori baik.Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun,  ada  juga terdapat  pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan  karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya,  iaitu  ada baris  pembayang dan ada baris maksudnya. Contoh pantun yang skema rimanya aa, aa:

    Seri Mersing lagu Melayu,
        Mari dikarang zaman dahulu;
    Duduk termenung menongkat dagu,
        mengenang nasib dagang piatu.
Sastera19.04.2012
As Salam ! Saya keliru dengan pola pantun yang sebenarnya. Kedapatan kini pantun ditulis dengan pola yang agak berbeza daripada pola pantun tradisional iaitu a,b,a,b. Ada pantun yang ditulis rima akhir barisnya a,a,a,a.Yang mana satukah yang betul? Terima kasih.Tuan,

Memang dimaklumi pola pantun yang biasa kita temukan ialah ab, ab. Walau bagaimanapun,  ada  juga terdapat  pantun yang skema rima akhirnya menyamai rima syair iaitu aa,aa. Untuk menentukan  karya itu sebagai sebuah pantun boleh dilihat dari cirinya,  iaitu  ada baris  pembayang dan ada baris maksudnya. Saya kemukakan satu contoh pantun yang skema rimanya aa, aa:

    Seri Mersing lagu Melayu,
        Mari dikarang zaman dahulu;
    Duduk termenung menongkat dagu,
        mengenang nasib dagang piatu.
Sastera03.04.2012
apakah perkataan bagi penerangan di bawah? 'isteri dan permaisuri'' terima kasih..Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna isteri ialah perempuan yg menjadi pasangan hidup kpd seseorang lelaki, bini: upacara pembukaan pasar ria itu dilakukan oleh ~ Menteri Pendidikan; laki ~ = suami ~ laki dan bini bersama-sama; 2. perempuan yg sudah berkahwin, wanita: kaum ~; ~ muda isteri yg terkemudian dikahwini; ~ tua isteri yg terdahulu dikahwini. Permaisuri ialah isteri raja, raja perempuan: sekarang negeri Melaka ini tiada beraja perempuan kerana ~ Pahang telah mangkat; 2. ki isteri (biasanya dlm bahasa puitis): ketika itu juga, beliau melamar Linda utk menjadi ~nya; ~ raja berurap-urapan, lipas di dinding timpa perasaan prb perihal orang miskin atau hina menyamai orang yg kaya-kaya dlm perasaan hatinya.Makna17.04.2010

Kembali ke atas