Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.ma.i] | مڽاماءي

Definisi : sama dgn, setaraf dgn, setanding dgn: pd zaman itu sebuah negeri pun tiada ~ Melaka, melainkan Pasai dan Haru; kuasa Mahkamah Tertinggi Persekutuan sekarang ini tidaklah pula ~ kuasa Mahkamah Ter-tinggi di Amerika; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.ma.i] | مڽاماءي

Definisi : sama dgn; serupa dgn: Tidak ada kuasa yg ~ kuasa Allah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyamai

Peribahasa

Permaisuri raja berurap-urapan,
     lipas di dinding timpa perasaan.

Bermaksud :

Orang miskin yang ingin menyamai perbuatan orang kaya-kaya. berurap-urapan = berlumas dengan bau-bauan.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
takat didihboiling pointSuhu ketika tekanan wap cecair menyamai tekanan atmosfera dan berlakunya perubahan jirim daripada cecair menjadi gas. Pendidihan berlaku pada keseluruhan cecair. Takat didih air adalah pada suhu 100°C.Menengah Rendah
zarah betabeta particleZarah elektron yang terpancar keluar dari nukleus radioaktif. Zarah ini mempunyai halaju yang sangat tinggi, iaitu hampir menyamai halaju cahaya.Menengah Atas
penyamarancamouflagePeniruan warna, bentuk atau rupa persekitaran oleh haiwan untuk mengelak daripada dikesan oleh pemangsa. Contohnya, warna cicak yang hampir sama dengan persekitaran dan warna labah-labah raksasa yang menyamai batang pokok. Lihat RajahSekolah Rendah

Kembali ke atas