Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.mar] | مڽامر

Definisi : 1. mengubah rupa atau pakaian (supaya tidak dikenal orang): kerja mereka ialah ~ spt nelayan biasa; 2. masuk ke dlm kalangan musuh dll (dgn tidak dikenali): setelah ia datang ke mari ~, maka diben-canainya menteri hamba yg besar empat orang; 3. tidak dgn memperlihatkan yg sebenarnya: terlalu elok barang kelakuan, disamar dgn perkataan lain supaya jangan jadi ketahuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.mar] | مڽامر

Definisi : mengubah rupa supaya tidak dikenali orang; ti­dak menampakkan keadaan diri sebenar; merupakan diri: Penjahat yg ~ sbg polis itu telah ditangkap di Kelang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
samar
Kata Terbitan : samar-samar, menyamar, menyamarkan, kesamaran,

Peribahasa

Serigala berbulu domba.

Bermaksud :

Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Musang berbulu ayam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MACDONALD, FLORA

MacDonald, Flora (1722–1790), menjadi

serikandi Scotland kerana membantu Putera

Charles Edward Stuart melarikan diri ke Pulau Skye

selepas kekalahannya di Culloden, Scotland pada

tahun 1746. Mengikut sejarah, dia telah memujuk

putera tersebut supaya menyamar diri dengan

berpakaian perempuan. Apabila terserempak,

MacDonald menyatakan bahawa putera itu ialah

pembantunya. Kerana peranannya dalam

penyamaran itu, dia dipenjarakan di Tower of

London. Dia dibebaskan pada tahun 1747.

MacDonald menjadi terkenal dan banyak

memperoleh wang daripada para peminatnya.

UMUM 
CALONARANG

CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno.  Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang.  Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya.  Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan.  Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya.  Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang.  Bahula berjaya mendapatkan ‘buku rahsia’ Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan.  Airlangga kembali tenteram.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan

Kembali ke atas