Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nya.mar] | مڽامر

Definisi : 1. mengubah rupa atau pakaian (supaya tidak dikenal orang): kerja mereka ialah ~ spt nelayan biasa; 2. masuk ke dlm kalangan musuh dll (dgn tidak dikenali): setelah ia datang ke mari ~, maka diben-canainya menteri hamba yg besar empat orang; 3. tidak dgn memperlihatkan yg sebenarnya: terlalu elok barang kelakuan, disamar dgn perkataan lain supaya jangan jadi ketahuan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nya.mar] | مڽامر

Definisi : mengubah rupa supaya tidak dikenali orang; ti­dak menampakkan keadaan diri sebenar; merupakan diri: Penjahat yg ~ sbg polis itu telah ditangkap di Kelang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
samar
Kata Terbitan : samar-samar, menyamar, menyamarkan, kesamaran,

Peribahasa

Serigala berbulu domba.

Bermaksud :

Orang jahat menyamar sebagai orang baik-baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Musang berbulu ayam).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disguisesamarKesusasteraanTiadaUnsur penyamaran motif-motif tertentu dalam komedi romantik misalnya seorang wirawati menyamar diri sebagai seorang lelaki, atau si pemuda menyamar dengan pelbagai cara untuk membolehkan dia menemui kekasihnya.
fraudulent deliverypenghantaran palsuPentadbiran PerniagaanTiadaApabila seseorang penghantar muatan menyerahkan barangan kepada seseorang yang menyamar sebagai ejen syarikat pengangkutan maka barangan itu dianggap tidak diterima oleh syarikat tersebut. Apabila pengangkut menghantar barangan kepada seseorang yang menyamar sebagai ejen penerima maka penghantaran itu dianggap tidak sah dan syarikat pengangkutan bertanggungjawab ke atas kerugian tersebut.
impersonatemenyamarUndang-undangTiadaTiada
masquerademenyamarTeknologi MaklumatTiadaTiada
matched guise techniqueteknik samaran terbandingSosiolinguistikTiadaTeknik menyamar oleh penutur yang boleh bertutur sekurang-kurangnya dalam dua bahasa atau dialek dengan suara yang berbeza dan tidak dapat dicam oleh pendengar.
ambushing predatorspemangsa hendapPerikananTiadaIkan yang mempunyai tabiat menyamar atau bersembunyi di sebalik kayu, batu atau pasir untuk mengelakkannya daripada dikenali dan dilihat oleh mangsa. Pemangsa hendap menangkap mangsa dengan sepantas kilat. Contohnya, ikan kerapu, haruan, toman dan depu.
camouflagepenyamaranSejarahTiadaTaktik ketenteraan untuk menewaskan musuh dengan cara menyamar.
job scampenipuan pekerjaanUndang-undangTiadaPerbuatan menipu oleh individu yang menyamar sebagai majikan atau perekrut, yang menawarkan peluang pekerjaan yang menarik, yang memerlukan pencari kerja membayar sedikit wang terlebih dahulu untuk visa kerja, perbelanjaan perjalanan atau semakan kredit yang diperlukan untuk pekerjaan itu.
mummerylakon bisuKesusasteraanTiadaPertunjukan dalam bentuk pantomin dilakonkan oleh pelakon, memakai topeng atau menyamar.
social engineeringkejuruteraan sosialTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerKaedah bukan teknikal atau teknologi rendah seperti menipu, menyamar, membuat helah atau merasuah yang dilakukan untuk mendapatkan maklumat penting atau rahsia dalam sistem maklumat seperti kata laluan, konfigurasi sistem dan lokasi storan maklumat rahsia.
12

Kembali ke atas