keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. atau keadaan cuaca yang tidak mengizinkan menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai. tuan, yang manakah ayat yang lebih sesuai digunakan. TQ | Ayat yang lebih sesuai digunakan ialah 'Keadaan cuaca yang buruk menyebabkan mereka terpaksa membatalkan rancangan untuk mendaki Gunung Jerai.' | Tatabahasa | 15.08.2011 |
Saya nak tahu penggunaan kata pada dan kepada. Contohnya: 1) Perubahan pada Halaman Blog anda menyebabkan kekeliruan. 2) Perubahan kepada Halaman Blog anda menyebabkan kekeliruan. | Ayat yang betul ialah Perubahan pada halaman blog anda menyebabkan kekeliruan. | Lain-lain | 20.01.2021 |
Ayat mana yang betul: (1) Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. (2) Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan. | Ayat "Jika menjadi suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan" dan "Jika dijadikan suatu kelaziman, akan menyebabkan mangsa mengalami gangguan mental dan fizikal secara berterusan". Kedua-duanya ayat tersebut betul. | Tatabahasa | 20.08.2022 |
Assalamualaikum Tuan/Puan. Saya mahu bertanya ayat berikut manakah yang betul? i. Perasaan simpati [akan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. ii. Perasaan simpati [dengan] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iii. Perasaan simpati [terhadap] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. iv. Perasaan simpati [kepada] anak-anak yatim itu menyebabkan beliau sanggup mendermakan wangnya. Saya agak kurang pasti dengan penggunaan perkataan di dalam [ ]. Mohon beri pencerahan. Terima kasih. | Kata sendi nama "akan" digunakan untuk merujuk manusia, dan penggunaanya mesti didahului oleh kata adjektif yang bersifat perasaan. Contoh ayat "Kami gemar akan buah durian". Kata sendi "dengan" digunakan untuk: a) membawa maksud bersama-sama atau berserta contoh ayat: "Saya senang sekali dengan kehadiran kamu." b) membawa maksud cara sesuatu itu dilakukan contoh ayat:"Mulakan makanmu dengan bacaan doa." c) membawa maksud memakai atau menggunakan sesuatu alat contoh ayat: "Lalang sedang ditebas dengan sabit." d) menyatakan perbandingan yang serupa atau sama contoh ayat: "Samakah mutu emas tulen dengan emas suasa." Kata sendi nama "terhadap" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan kepada manusia, haiwan atau benda. Contoh ayat: "Raja itu adil terhadap rakyat negerinya." "Kepada" ialah kata sendi nama yang terletak di hadapan kata nama atau frasa nama untuk menyatakan hal berikut: a) menyatakan sasaran yang merujuk manusia, haiwan, unsur mujarad dan institusi yang ada kaitannya dengan manusia contoh ayat: "Pemberian buku teks percuma kepada semua murid." b) menyatakan pecahan contoh ayat: "Peserta kursus dibahagikan kepada tiga kumpulan." c) menyatakan perubahan keadaan contoh ayat: "Ingatannya masih kepada peristiwa yang silam." Diharap penerangan di atas dapat membantu anda menyelesaikan persoalan yang dikemukakan. Selain itu, untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, saudara juga boleh merujuk "Buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga" terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. | Tatabahasa | 25.05.2022 |
1,Apakah perbezaan antara mengakibatkan dengan menyebabkan | Mengakibatkan bermaksud menyebabkan berlaku atau timbul sesuatu peristiwa, kejadian, masalah, perbuatan dan sebagainya; dan biasanya buruk. Contoh ayat: Kejadian ini mengakibatkan kematian kepada pokok muda. Menyebabkan bermaksud menjadi sebab sesuatu perkara, hal dan sebagainya berlaku atau terjadi. Contoh ayat: Satu benda berat mengenai tengkuknya menyebabkan dia pengsan. Untuk maklumat lanjut, rujukan Kamus Dewan Perdana hlmn. 45 dan 1979. | Makna | 09.09.2023 |
FAKTOR YANG MENYEBABKAN BERLAKUNYA KEKELIRUAN PENGGUNAAN KATA MENGENEPIKAN DAN MENGETEPIKAN. | Kata tepi apabila mendapat imbuhan meN menjadi menepikan. Frasa ke tepi apabila mendapat imbuhan meN menjadi mengetepikan. Faktornya ialah kekeliruan antara kata tepi dan frasa ke tepi yang menerima imbuhan meN. | Ejaan | 07.04.2008 |
apakah yang menyebabkan orang ramai sukar mengamalkan bahasa melayu yang betul? | Pertama, kami mengucapkan terima kasih kerana keprihatinan saudari tentang penggunaan bahasa Melayu yang betul. Untuk makluman saudari, penggunaan Bahasa Melayu yang betul merupakan tanggungjawab warganegara Malaysia. Hal ini kerana bahasa Melayu merupakan bahasa rasmi dan perlu kita bersama-sama memartabatkannya. Banyak tulisan tentang penggunaan Bahasa Melayu yang diterbitkan oleh DBP terutamanya dalam majalah-majalah terbitan DBP. | Lain-lain | 21.07.2007 |
Ayat yang mana satu tepat? 1. Sikap Maya yang GEMAR makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertamah. 2. Sikap Maya yang GEMAR AKAN makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah. | Ayat yang betul ialah Sikap Maya yang gemar makanan segera telah menyebabkan berat badannya bertambah. | Tatabahasa | 20.04.2011 |
Pertanyaan: Manakah ayat yang betul: Pemandu yang mabuk dapat menyebabkan berlakunya kemalangan. (ATAU) Pemandu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. (ATAU)Aini mendapat tempat pertama di dalam kelas. Saya masih keliru penggunaan kata "BOLEH" dan "DAPAT" walaupun sudah mengetahui BOLEH mendukung maksud keizinan manakala DAPAT bermaksud berkeupayaan atau mampu | 1. Pemnadu yang mabuk boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. 2. Aini mendapat tempat pertama dalam kelas. | Tatabahasa | 15.07.2010 |
Salam, (1): Sisa plastik boleh menyebabkan tanah berasid. (2): Sisa plastik boleh menyebabkan tanah bertukar asidik. Adakah kedua-dua ayat ini garamatis dan sama maksudnya? Terima kasih! | Ayat (1) ialah ayat yang tepat. Dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, perkataan acidic diterjemah kepada berasid dan dalam data Istilah Bahasa Melayu, perkataan acidic juga dipadankan dengan berasid. | Tatabahasa | 25.06.2021 |