Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.dut] | مڽدوت

Definisi : 1. menarik masuk (ke dlm) dgn kekuatan udara (dgn mulut, hidung, dll), menghirup, menghisap: dia mengesat-ngesat air matanya dan ~ air yg keluar dr hidung-nya; dia ~ rokoknya; 2. ki memetik, mengambil, mendapatkan (dgn keras), me-meras: di bawah ini kita sedut sebahagian besar drpd surat-surat itu; mereka ~ wang drpd orang ramai; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.dut] | مڽدوت

Definisi : menarik minuman (bau dll) masuk ke dlm mulut (hidung dll) dgn kekuatan udara: Kita hendaklah sentiasa ~ udara yg bersih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sedut
Kata Terbitan : menyedut, penyedut, penyedutan, tersedut, sedutan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MEROKOK

Merokok ialah proses menyedut asap tembakau

daripada rokok, cerut atau paip ke dalam mulut

dan biasanya ke dalam paru-paru juga, sebelum

menghembusnya keluar. Istilah ini biasanya

merujuk kepada tabiat menghisap rokok, iaitu cara

merokok yang paling biasa.

UMUM 
RACUN

Racun ialah sebarang bahan yang boleh

membunuh atau menyebabkan kesakitan kepada

benda hidup. Ia memasuki badan dengan cara

menelan, menyedut baunya, suntikan dan diserap

oleh membran kulit. Kajian tentang racun dikenali

sebagai toksikologi, dan banyaknya racun disebut

toksin.

UMUM 
METANOL

Metanol ialah sejenis alkohol yang digunakan

untuk banyak tujuan perindustrian. Ia juga

dinamakan metil alkohol atau alkohol kayu.

Metanol ialah sebatian organik yang jernih, tidak

berwarna, ia mudah terbakar dan sangat beracun.

Meminum atau menyedut wasapnya untuk tempoh

yang lama, boleh menyebabkan buta atau kematian.

Ia juga berbahaya kepada kulit.

UMUM 
PARU-PARU PERANG

Paru-paru perang ialah penyakit paru-paru

yang menjejaskan banyak pekerja di kilang kain

kapas. Penyakit ini juga dikenali sebagai bisinosis,

berpunca daripada menyedut habuk kapas yang

memasuki udara semasa pemprosesan.

UMUM 
PARU-PARU HITAM

Paru-paru hitam ialah penyakit paru-paru yang

menghilangkan upaya, yang kerap dihidapi oleh

pelombong arang. Penyakit ini, juga dikenali

sebagai pneumokoniosis pelombong arang,

disebabkan pelombong menyedut habuk arang

pada jangka masa yang lama.

UMUM 
KAPAL KOREK

Kapal Korek, ialah jentera terapung di permukaan air yang direka untuk menyedut bahan di dasar air sama ada untuk mendapatkan bijih, pasir atau untuk mendalamkan sungai.

GEOGRAFI DAN GEOLOGIAlat/Alatan
KOLONIALISME

KOLONIALISME ialah sebuah sistem yang satu

masyarakat atau negara (kuasa penjajah) mengawal

rakyat dan sumber sesuatu tempat yang lain,

koloni. Lazimnya, koloni terletak di seberang

laut dan jauh daripada kuasa penjajah. Oleh itu,

kuasa penjajah akan menghantar rakyat negaranya

untuk menetap di koloni itu untuk mentadbir,

dan seterusnya menyedut perlahan-lahan segala

sumber kekayaan yang ada.

UMUM 

Kembali ke atas