Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ru.pa.i] | مڽروڤاءي

Definisi : 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ru.pa.i] | مڽروڤاءي

Definisi : menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Glosari Dielek Melaka

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan DialekMaksud Ayat
paku mengawan[pA.ku m«.NA.wAn] sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak. Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; rumput sudu itek, rumpot tapak itek   
rumput sudu itek[Äum.put su.du i.te/] sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot tapak itek..   
rumpot tapak itek[rum.pot tA.pA/ i.te/] sejenis tumbuhan menyerupai pokok keladi yang tumbuh semasa sawah berair. Tingginya kira-kira dua jengkal. Daunnya seakan-akan daun keladi. Pucuknya boleh dijadikan sayur goreng air atau masak lemak Batangnya boleh dimakan dengan cara dicelur dan dicicah dengan sambal; paku mengawan, rumpot sudu itek..   
temiko[t«.mi.ko]kata namabekas yang menyerupai perahu kecil dibuat daripada upih pinang yang berisikan sajian seperti telur, bertih dan sebagainya yang dihanyutkan di sungai atau di laut atau diletakkan di pangkal pokok di hutan. Amalan ini dipercayai oleh sesetangah orang boleh mengubati penyakit, ancak.Tak payah le buang temiko lagi, bedose.[tA/ pA.jAh l« bu.wAN t«.mi.ko lA.gi b«.do.s«]Tak payahlah buang temiko lagi, berdosa.
pokok angen[po.ko/ A.Nen] awan yang menyerupai pokok yang rendang yang kelihatan bertingkat-tingkat di kaki langit, menandakan kemungkinan hujan akan turun.Aku serebe salah nak ke laot, nampak pokok angen.[A.ku s«.Ä«.b« sA.lAh nA/ k« lAot nAm.pA/ po.ko/ A.Nen]Aku serba salah nak ke laut, nampak pokok angin
anggola[AN.go.lA]kata namatali atau jaring lama yang dipintal menyerupai tali dan dipasang pada kayu tol dengan sebahagiannya membentuk gelung, tempat gerakan dayung dikawal.Dayong dah ade, kayu tol pon dah ade, mane anggolanye.[dA.joN dAh A.d« kA.ju tol pon dAh A.d« mA.n« AN.go.lA.ø«]Dayong dah ada, kayu tol pon dah ada, mana anggolanya
lidah lopak-lopak[li.dAh lo.pA/.lo.pA/] bahagian belakang pelepah pisang yang dipotong beberapa bilah tanpa putus dan dikopakkan menegak menyerupai lidah, digunakan dalam permainan lopak-lopak.Lidah lopak-lopak kau ni siket sangat, tak banyak le bunyi die.[li.dAh lo.pA/.lo.pA/ kAw ni si.ket sA.NAt tA/ bA.øA/ l« bu.øi di.j«]Lidah lopak-lopak engkau ini sedikit sangat, tidak banyaklah bunyinya.
lopak-lopak[lo.pA/.lo.pA/]kata namasejenis alat permainan tradisi kanak-kanak yang menggunakan bahagian belakang pelepah pisang berukuran kira-kira dua kaki panjang. Pelepah ini dipotong beberapa bilah tanpa putus padanya dan dikopakkan menegak menyerupai lidah. Bunyi letupan terhasil apabila lidah-lidah pelepah pisang yang ditegakkan itu ditolak dengan kuat menggunakan tangan.Nak maen lopak-lopak, kene le carik pelepah pisang mude.[nA/ mAen lo.pA/.lo.pA/ k«.n« l« tSA.Äi/ p«.l«.pAh pi.sAN mu.d«]Hendak main lopak-lopak, kenalah cari pelepah pisang muda.

Kembali ke atas