Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ru.pa.i] | مڽروڤاءي

Definisi : 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ru.pa.i] | مڽروڤاءي

Definisi : menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
rupa abang saya menyerupai datuk kami.

Puan Ainun,

Tiada soalan dikemukakan. Sila kemukakan kemusykilan puan semula. 

Lain-lain27.03.2010
Assalamualaikum dan Salam sejahtera. Bolehkah pihak DBP memberi cadangan terjemahan bagi istilah "cosplay" yang bermaksud memakai pakaian yang menyerupai watak-watak dalam komik atau anime jepun. Istilah ini diambil daripada "costume play" dan dipendekkan menjadi "cosplay." Terima kasih.Istilah "costume play" dalam bahasa Melayu ialah "peragaan busana".Makna20.07.2019
kenapa hantu dipangil seekorPenjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia.Lain-lain14.03.2010
cindai

Sdr. Ibnu Salam,

CINDAI membawa maksud -  1. sj kain sutera berbunga-bunga (warnanya menyerupai warna ular sawa): Laksamana pun memakailah serba hitam, berbaju hayat memakai ~ pd bahunya; 2. bengkung (ikat pinggang, sabuk) drpd kain cindai; ~ betina = ~ sari cindai yg agak kasar tenunannya dan kecil corak bunganya; ~ hari sj cindai kembang; ~ jantan cindai yg halus dan besar corak bunganya; mati berkapan ~ prb mati dgn nama yg baik (dipuji, dihormati, dll).

 

Makna04.10.2010
apakah penjodoh bilangan untuk hantuPenjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia.Tatabahasa12.03.2010
Assalamualaikum, Saya ingn bertanya berkaitan golongan kata bagi perkataan 'mirip'. Jika diteliti dalam PRPM, 'mirip' dikategorikan sebagai kata kerja. Pada pandangan saya, 'mirip' lebih cenderung digolongkan sebagai kata adjektif kerana dapat digandingkan dengan kata penguat. Apakah kriteria yang digunakan oleh PRPM untuk menggolongkan perkataan 'mirip' dalam kategori kata kerja?
Perkataan mirip telah dikategorikan sebagai kata kerja. Sila rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan.
Mirip didefinisikan sebagai menyerupai benar; hampir sama (bkn rupa dll): Wajahnya ~ wajah ibunya.

Merujuk kepada definisi menyerupai benar tersebut, 'menyerupai' merupakan kata kerja yang memberi makna kepada mirip.
Tatabahasa27.08.2012
mengapakah penjodoh bilangan bagi hantu seekor?Penjodoh bilangan bagi hantu ialah seekor kerana hantu tidak tergolong dalam kumpulan manusia tetapi hanya menyerupai bentuk manusia.Makna05.03.2010
Assalamualaikum, antara ejaan kesingularan dan kesinggularan, manakah yang betul? Kedua-duanya dapat ditemui dalam laman sesawang prpm tetapi kesingularan lebih banyak ditemui. Bukankah sebutaan perkataan tersebut dalam bahasa Melayu lebih menyerupai ejaan kesinggularan daripada kesingularan. Mohon pencerahan.Ejaan yang betul ialah “kesingularan”. Kesilapan ejaan  “kesinggularan” akan dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan untuk tindakan pembetulan.  Ejaan24.11.2021
Apa terjemahan terbaik bagi perkataan" reproductive" di dalam konteks " women's reproductive life"Menurut pangkalan data DBP, reproductive:
 
1. Berkaitan dengan pembiakan atau berupaya untuk membiak.
2. Menyerupai atau mengalami proses pembiakan.
3. Individu yang menjalankan pembiakan.

Akan tetapi, disebabkan tidak ada ayat lengkap, pihak kami tidak dapat memberikan makna yang tepat. Mungkin juga boleh membawa maksud tempoh kesuburan wanita.
Penyemakan dan penterjemahan11.11.2015
Apakah maksud: 1. Tetupai 2. Rerambut terima kasih..Tetupai ialah kepingan kayu, logam dan lain-lain untuk menyokong,  menyambung atau megukuhkan sambungan. Selalunya tetupai digunakan dalam membina rumah. Rerambut ialah saluran darah yang halus-halus, atau sesuatu yang menyerupai rambut.Tatabahasa18.06.2014
1234

Kembali ke atas