Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ru.pa.i] | مڽروڤاءي

Definisi : 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ru.pa.i] | مڽروڤاءي

Definisi : menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Kamus Sains

Kamus Sains.indb
adenina dan fosforibosilpirofosfat. (KIM) adenitis (adenitis) Inflamasi kelenjar. (UBAT) adenoblast (adenoblas) Sel kelenjar yang masih pada peringkat muda. (BIO) adenocarcinoma (adenokarsinoma) Sejenis karsinoma yang berasal daripada tisu kelenjar atau yang menyerupai tisu kelenjar. Karsinoma jenis ini dapat dikelaskan mengikut corak susunan selnya yang paling ketara seperti adenokarsinoma alveolar atau mengikut hasil tertentu sel tersebut seperti adenokarsinoma musin. (UBAT) adelomycete adenocarcinoma Kamus Lobus berkelenjar atau bahagian pada jasad pituitari yang terbit atau menjulur dari kantung Rathke dan terdiri daripada pars distalis, pars tuberalis dan pars intermedia. (BIO) adenoid (adenoid) Perihal sesuatu yang menyerupai kelenjar. (UBAT) adenoid facies (roman adenoid) Wajah seolah-olah orang bodoh, yang dicirikan dengan mulut yang sentiasa ternganga seperti yang kelihatan pada kanak-kanak yang menghidapi pembe- saran adenoid. (UBAT

Kembali ke atas