Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nye.ru.pa.i] | مڽروڤاءي

Definisi : 1. serupa dgn, mirip dgn, hampir menyamai, mengarah-arahi: hulunya diperbuat drpd kayu, bengkok di hujungnya dan ~ bentuk hulu pistol; 2. sama dgn, menyamai: Tuhan bersifat sedia dan kekal, mustahil Ia ~ benda-benda yg baharu; sungguhpun ia bergelar Presiden tetapi ia tidaklah ~ kedudukan Presiden Amerika; 3. Jk meniru(-niru), menyama-nyamai: lakunya ~ orang tuanya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nye.ru.pa.i] | مڽروڤاءي

Definisi : menjadi serupa dgn: Janganlah engkau berlagak ~ dia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rupa (kata nama)
1. Bersinonim dengan paras: muka, wajah, roman, raut, tampang muka, air muka,

2. Bersinonim dengan bangun: bentuk, tokoh,

3. Bersinonim dengan jenis: macam, bangsa, bagai,

Kata Terbitan : rupanya, rupa-rupanya, serupa, menyerupai, menyerupakan, keserupaan, berupa, berupa-rupa, merupakan, terupa, rupawan, kerupawanan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
keroidkeroidPerubatanTiada1. Menyerupai tanduk atau sesuatu yang keras.,2. Menyerupai kornea.
miliarymiliariPerubatanTiada1. Menyerupai biji sekoi.,2. Dicirikan oleh pembentukan lesi kecil menyerupai biji sekoi.
liguleligulGeologiTiada1. Struktur luar menyerupai membran yang terdapat pada persimpangan helaian daun dan selaput daun atau petiol. 2. Korola menyerupai lidah yang terdapat pada sesetengah floret. 3. Sisik kecil pada permukaan atas pangkal dasar daun Lepidodendrales, Selaginellales, dan Isoetales.
crypsiskripsisBiologiEkologiAspek rupa sesuatu organisma yang menyerupai sekitaran, yang bertujuan untuk mengelakkannya daripada dikesan oleh organisma lain. Misalnya, serangga ranting yang menyerupai daun.
rikettsiariketsiaBiologiPatologiMikroorganisma yang mempunyai saiz yang sangat kecil, menyerupai bakteria dan digolongkan bersama-sama bakteria dan boleh menyebabkan gejala penyakit yang menyerupai jangkitan virus.
military coatkot tenteraKesenianTiadaKot yang menyerupai ciri-ciri kot dan jaket tentera, bertrimin pita brid, epaulet, butang logam keemasan dan kepuk, biasanya dubel bres,sama sendat paras pinggang dan kembang menyerupai skirt dari pinggul ke kelepet.
cystsistaPentadbiran PerniagaanTiada1. Jasad yang menyerupai spora, dan dibentuk oleh pelbagai alga, bakteria dan kulat.,2. Kantung atau vesikel udara pada sesetengah rumpai laut atau dalam badan.,3. Struktur abnormal yang menyerupai kantung atau rongga tertutup, yang mengandungi cecair atau bahan lain.
liguleligulBiologiHistologi dan Sitologi1. Struktur luar menyerupai membran yang terdapat pada persimpangan helaian daun dan selaput daun atau petiol. 2. Sisik kecil pada permukaan atau pangkal dasar daun Lepidodendrales, Selaginelles dan Isoetales. 3. Korola menyerupai lidah yang terdapat pada sesetengah floret.
cinchoninesinkoninaKimiaForensikFormula kimia, C19H22N2O. Hablur berbentuk jarum berkilau berwarna putih, yang larut sedikit dalam etanol, eter dan kloroform, tetapi tak larut dalam air, yang merupakan enantiomer dekstroputaran sinkonidina. Alkaloid ini diperoleh daripada kulit batang pokok sinkona. Tindak balasnya menyerupai kuinina, dan ketoksikannya menyerupai sinkonidina. Sinkonina digunakan dalam perawatan malaria.
aliformaliformKesenianSeni BinaBerkaitan dengan bentuk bangunan baharu atau bangunan tambahan yang menyerupai sayap. Contohnya, rekaan bangunan stesen TGV yang terletak di Lyon, Perancis yang menggunakan rekaan konsep metafora seekor burung. Bahagian hadapan bangunan ini runcing seperti bentuk paruh burung, manakala sisi-sisi bangunannya dibina menyerupai sayap burung.
12345678910...

Kembali ke atas