Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nying.sing] | مڽيڠسيڠ

Definisi : 1. = menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek): ~ lengan baju; 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih: kabus mulai ~; 3. mulai terbit (fajar), mulai terang: kadang-kadang ia melanjutkan tidurnya sehingga fajar ~; 4. menyingkap, mendedahkan: al-Quran yg ~ makrifat yg betul; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nying.sing] | مڽيڠسيڠ

Definisi : 1 menarik ke atas atau menggulung supaya pendek (ttg lengan baju dll). 2 hilang atau lenyap dr pandangan; menghilang; me­nyisih: Kabus pun mula ~. 3 mula terbit atau muncul: fajar ~ fajar mula terbit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menyingsing


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Kadangkala,aku dan bapa turut menyingsing lengan membantu datuk di kebun." Adakah "menyingsing lengan" merupakan simpulan bahasaUntuk makluman tidak terdapat simpulan bahasa tentang menyingsing lengan dalam sistem rujukan kami. Maksud menyingsing membawa maksud menyingsingkan menarik ke atas (kain, lengan baju, dan lain-lain) supaya pendek.Tatabahasa27.04.2016
apakah maksud dihindariMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makna dinihari ialah fajar belum menyingsing, lebih kurang pukul 3-5 pagi, pagi-pagi benar. Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna12.04.2009
Apakah terjemahan yang tepat bagi "Dawn of the Light" - Fajar kepada Cahaya atau hanya Fajar Cahaya?"Dawn of the Light" lebih sesuai diterjemahkan sebagai "Fajar Menyingsing".Makna28.08.2019
Saya tidak menemukan perkataan menyinsing dan sinsing dalam kamus dewan.Apakah maksud perkataan tersebutUntuk makluman tidak terdapat perkataan menyinsing dan sinsing. Ejaan yang betul ialah singsing dan menyingsing. Maksud kedua-dua perkataan tersebut ialah 1. menarik ke atas (kain, lengan baju, dll) supaya pendek, menggulung (supaya pendek) 2. hilang (awan, kabus, dll), lenyap, menyisih  3. mulai terbit (fajar), mulai terang 4. menyingkap, mendedahkan  Makna26.07.2011
1) Adakah simpulan bahasa merupakan kata-kata yang kita warisi dari nenek moyang ataupun kata-kata yang kita boleh cipta sendiri mengikut peredaran zaman. 2) Antara kata-kata yang saya perolehi fajar menyingsing, bulan bahasa, bahasa isyarat dan bintang filem. Ada pihak mengatakan kata-kata ini merupakan simpulan bahasa. Benarkah?Ungkapan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai makna yang berlainan daripada erti perkataan-perkataan yang membentuknya seperti kaki ayam, telinga kuali, tangkai jering dan sebagainya. Ungkapan seperti fajar menyinsing, bulan bahasa, bahasa isyarat dan bintang filem bukan tergolong dalam simpulan bahasa.Tatabahasa21.07.2010

Kembali ke atas