Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
hati (kata nama)
Bersinonim dengan batin, perasaan, jiwa, roh, emosi;,
Kata Terbitan : sehati, berhati-hati, memerhatikan, memperhatikan, perhatian, pemerhatian, pemerhati,

Puisi
 

Hati-hati pinang muda,
     Pinang muda makan pipit;
Sampai hati meninggal saudara,
     Tidak mengenang barang sedikit.


Lihat selanjutnya...(844)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
value contrastbandingan nilaiLandskapTiadaPerbezaan antara dua atau lebih darjah kecerahan sesuatu warna dalam menentukan beberapa jenis warna, tumbuhan atau bunga yang berlainan warna dalam gubahan landskap. Contohnya, warna merah, merah hati, merah saga, merah jambu dan merah muda.
liver brownmerah hatiKesenianTiadaTiada
colour gradationperalihan warnaLandskapTiadaPerubahan warna secara beransur-ansur pada susunan warna bunga dalam gubahan tumbuhan. Contohnya, perubahan warna dari merah hati ke merah jambu dan sebagainya.
Phyllagathis rotundifoliatapak sulaimanHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis herba dalam famili Melastomataceae yang dikenali juga sebagai kerakap rimba dan tutup bumi rimba. Herba ini terdapat di kawasan hutan yang teduh dan lembap. Daunnya tebal, berbentuk bulat dan bersaiz besar. Bahagian bawah daun dan tangkainya berwarna merah hati. Keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk mengubati demam, dibuat tonik ibu selepas bersalin untuk memberi tenaga dan membaiki sistem peranakan dan mengubati sakit perut.
Thottea grandifloraHempedu beruang, seburut, telinga kelawarPertanianTiadaTumbuhan jenis renek dalam famili Aristolochiaceae juga dikenali sebagai seburut dan telinga kelawar. Biasanya tumbuh di hutan tanah pamah, di kawasan yang agak terlindung dan lembab. Daunnya bentuk bujur, lebar dan berbulu. Bunganya besar, keluar di bahagian batang dan berwarna merah hati. Air rebusan akar digunakan untuk mengubati demam, cirit-birit dan tonik wanita lepas bersalin.
Phyllagathis rotundifoliaTapak sulaiman, kerakap rimba, tutup bumi rimbaPertanianTiadaTumbuhan jenis herba dalam famili Melastomataceae juga dikenali sebagai kerakap rimba dan tutup bumi rimba. Herba ini terdapat di kawasan hutan yang teduh dan lembab. Daunnya tebal, berbentuk bulat dan bersaiz besar. Bahagian bawah daun dan tangkainya berwarna merah hati. Keseluruhan tumbuhan ini digunakan untuk mengubati demam, tonik wanita lepas bersalin untuk memberi tenaga dan membaiki sistem peranakan dan mengubati sakit perut.
Thottea grandiflorahempedu beruangHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan jenis renek dalam famili Aristolochiaceae yang dikenali juga sebagai seburut dan telinga kelawar. Hempedu beruang biasanya tumbuh di hutan tanah pamah, dan di kawasan yang agak terlindung dan lembap. Daunnya berbentuk bujur, lebar dan berbulu. Bunganya besar, keluar di bahagian batang dan berwarna merah hati. Air rebusan akar digunakan untuk mengubati demam, cirit-birit dan dijadikan tonik untuk ibu selepas bersalin.
heparheparPerubatanTiada1. Kelenjar besar berwarna merah gelap, terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen.,2. Hati sesetengah haiwan yang digunakan di dalam sediaan farmasi,3. Bahan seperti hati atau berwarna seperti hati.
vitamin Avitamin APerubatanTiadaVitamin larut lemak yang terdapat dengan banyak di dalam minyak hati ikan, telur, susu dan hati. Vitamin ini dapat juga dibentuk di dalam tubuh melalui pengoksidaan karotena yang diperoleh daripada sayuran hijau dan lobak merah. Kekurangan teruk vitamin ini mengakibatkan kemusnahan kornea, rabun malam dan kerentanan terhadap infeksi. Pengambilan yang berlebihan pula mengakibatkan penimbunan pigmen karotena pada kulit, pruritus dan alopesia.
liverhatiPerubatanTiadaOrgan besar berwarna merah gelap yang terletak di bahagian atas sebelah kanan abdomen. Hepar berfungsi dalam metabolisme dan perkumuhan zat dalam badan. Sinonim hepar
123

Kembali ke atas