Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merah manggis

Puisi
 

Buah manggis pokoknya rendang,
     Panjat mari pakai tangga;
Mulut manis hati bimbang,
     Takut tak sampai bagai diduga.


Lihat selanjutnya...(17)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
maroonmerah manggisKesenianTiadaTiada
violet brownmerah manggisKesenianTiadaTiada
rhodopsinrodopsinBiologiFisiologiPigmen berwarna merah manggis yang terdapat pada sel rod di retina.
maroonmerah manggisKesenianTiadaWarna merah buah manggis.
adrianople redmerah adrianopelKesenianTiadaWarna merah buah manggis.
LatexGetahPertanianTiadaCecair yang terhasil di bahagian tumbuhan seperti batang, daun atau buah. Cecair tersebut berwarna putih, kuning, merah atau lut sinar, kebanyakannya melekit. Cecair ini keluar pada permukaan atau kulit tumbuhan yang telah luka. Ciri getah yang dihasilkan oleh sesuatu jenis pokok digunakan dalam pengelasan tumbuhan. Contohnya getah manggis, getah mangga dan bintagor. Terdapat juga getah yang digunakan sebagai ubat contohnya getah keladi candik untuk mengubati kayap.
latexgetahHerbaBotani dan BioteknologiCecair yang terhasil pada bahagian tumbuhan seperti batang, daun atau buah. Cecair tersebut berwarna putih, kuning, merah atau lut sinar dan kebanyakannya melekit. Cecair ini keluar daripada permukaan atau kulit tumbuhan yang telah luka. Ciri getah yang dihasilkan oleh sesuatu jenis pokok digunakan dalam pengelasan tumbuhan. Contohnya, getah manggis, getah mangga dan getah bintagor. Terdapat juga getah yang digunakan sebagai ubat seperti getah keladi candik untuk mengubati kayap.
kandiskandisPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanNama piawai bagi kayu Garcinia spp. daripada famili Guttiferae. Nama tempatannya di Semenanjung ialah asam gelugur, lulai, dan manggis hutan, di Sabah ialah bebata, dan di Sarawak ialah sikop. Beberapa spesies utamanya termasuk Garcinia atroviridis, G. bancana, G. cowa, G. forbesii, G. griffithii, G. malaccenis, dan C. fortifolia. Gubal kayu kandis sukar dibezakan daripada teras kayunya, dan biasanya berwarna coklat kemerahan atau merah coklat tua. Bagaimanapun, warna teras kayunya berbeza-beza mengikut spesies. Kayu ini mempunyai nilai ketumpatan keringan udara yang berjulat antara 690 hingga 1120 kg/m3, dan tergolong dalam kumpulan kayu yang sederhana berat hingga amat berat. Kayu kandis berat dan agak sukar dikerjakan, kerana mempunyai mendapan silika dalam beberapa spesiesnya, sederhana tahan dan mudah diserang anai-anai. Kayu ini digunakan untuk membuat tiang pagar dan kayu jaras. Spesies yang lebih berat dan lebih tahan digunakan untuk membuat jambatan sementara.

Kembali ke atas