Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.ju/] | مراجوق

Definisi : 1. menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul, dll): isterinya yg ~ itu di­jem­put kembali; 2. bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dll): kenapa ia ~ petang semalam?; ~ pd yg kasih (sayang) prb barang kehendak janganlah yg mustahil (hendaklah mana yg mungkin); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ju/] | مراجوق

Definisi : menunjukkan rasa tidak suka (spt tidak mahu bercakap, tidak mahu berkawan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajuk
Kata Terbitan : merajuk,

Puisi
 

Teranduk melanggar Jawa,
     Jawa lari sebelah bukit;
Jangan merajuk masku nyawa,
     Tidaklah boleh salah sedikit.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang).

Bermaksud :

Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
don[dn]kata adjektifberkenaan muka masam seperti berada dalam keadaan yang tegang, marah, merajuk; com.Kami tak berani pi dekat pak, nampak muka dia don saja.[kA.mi tA/ b«.ÒA.ni pi d«.kAt pA/ nAm.pA/ mu.kA di.jA dn sA.dZA]Kami tidak berani mendekati bapa yang sedang bermuka masam itu.
com[tSm]kata adjektifberkenaan muka masam seperti berada dalam keadaan yang tegang, marah, merajuk; don.Awat hang com saja ari ni, hang gadoh dengan bini hang ka?[A.wAt hAN tSm sA.dZA A.Òi ni hAN gA.doh d«.NAn bi.ni hAN kA]Kenapa kamu masam muka sahaja hari ini, kamu bergaduh dengan isteri kamukah?

Kembali ke atas