Kurik Kundi Merah Saga | Buah petai sedap dijeruk, Kalau jeruk hendak tua; Deraslah benar tuan merajuk, Orang merajuk lekaslah tua. |
Kurik Kundi Merah Saga | Teranduk melanggar Jawa, Jawa lari sebelah bukit; Jangan merajuk masku nyawa, Tidaklah boleh salah sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau membela ayam selasih, Berilah makan beras melukut; Merajuk pada yang kasih, Marah pada yang takut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kalau membela ayam selasih, Berilah makan beras melukut; Merajuk pada yang kasih, Marah pada yang takut. |
Kurik Kundi Merah Saga | Cik Kob membakar arang, Nampak laut Sungai Duri; Apa merajuk kepada orang, Pergi ke laut membuang diri. |
Kurik Kundi Merah Saga | Ajuk-ajuk pemarang Jawa, Jawa dari sebelah bukit; Jangan merajuk mahkota jiwa, Tidak kurasa salah sedikit. |
Kurik Kundi Merah Saga | Tinggi-tinggi pucuk, Bukan dulang selasih paku; Hendak pergi pergi merajuk, Bukan seorang kekasih aku. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Kain hitam koyak panjang, Tidak boleh dijahit lagi; Rambut panjang merajuk panjang, Mana boleh dipujuk lagi. |
Kurik Kundi Merah Saga | Pucuk nanas berdaun buruk, Pucuk durian Kuala Melaka; Gunung emas jangan merajuk, Gunung intan pulang sahaja. |