Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.ju/] | مراجوق

Definisi : 1. menunjukkan rasa tidak suka (enggan bercakap, enggan bekerjasama, enggan bergaul, dll): isterinya yg ~ itu di­jem­put kembali; 2. bersungut-sungut, merungut-rungut (kerana tidak senang hati dll): kenapa ia ~ petang semalam?; ~ pd yg kasih (sayang) prb barang kehendak janganlah yg mustahil (hendaklah mana yg mungkin); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ju/] | مراجوق

Definisi : menunjukkan rasa tidak suka (spt tidak mahu bercakap, tidak mahu berkawan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rajuk
Kata Terbitan : merajuk,

Puisi
 

Teranduk melanggar Jawa,
     Jawa lari sebelah bukit;
Jangan merajuk masku nyawa,
     Tidaklah boleh salah sedikit.


Lihat selanjutnya...(13)
Peribahasa

Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang).

Bermaksud :

Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat.Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: Berkaul kepada [= ke tempat] keramat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merajuk bukan kepada yang kasih (sayang).Tak mungkin terjadi kerana salah tempatnya.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Merajuk pada yang kasih, marah kepada yang takut.Berbuat sesuatu hendaklah sesuai dengan tempat dan keadaannya, supaya perbuatan itu berhasil dengan baik. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Berkaul kepada (= ke tempat) keramat.Meminta sesuatu hendaklah pada tempatnya. (Peribahasa lain yang sama makna: Merajuk kepada yang kasih. Manja kepada yang sayang, berkaul kepada yang keramat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas