Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.na] | مران

Definisi : 1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa menanggung susah (sedih dll): hati ~; hidupnya ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.na] | مران

Definisi : 1. menderita penyakit yg lama: sakit ~; 2. sentiasa sakit-sakit, makin lama makin kurus: badan ~ kerana dia; 3. sentiasa menanggung susah (sedih dll): hati ~; hidup-nya ~ akibat penyakit itu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.na] | مران

Definisi : 1 menderita kerana sesuatu penyakit yg lama. 2 menanggung kesusahan atau penderitaan: Hidupnya ~ selepas kematian ibu bapanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rana
1. Bersinonim dengan menderita: sengsara, melarat, kecewa, terseksa, terluka, pedih, pilu, sedih,
Berantonim dengan gembira

2. Dalam konteks penyakit
bersinonim dengan melarat, berlarutan, berpanjangan, terlantar, tenat, uzur, aprah, kritikal, serius, kronik, akut, teruk.,

Kata Terbitan : merana,

Puisi
 

Mak Minah duduk di pintu,
     Duduk di pintu merejut renda;
Merana hamba yatim piatu,
     Tiada ayah tiada berbonda.


Lihat selanjutnya...(20)
Peribahasa

Terhengit-hengit bagai rumput di tengah jalan,
     mati segan hidup tak mahu.

Bermaksud :

Kehidupan yang melarat dan miskin; telah lama sakit. terhengit-hengit = merana.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
piningmeranaVeterinarTiadaKeadaan haiwan yang menunjukkan sifat letih, tidak bermaya, bertambah kurus dan tidak menunjukkan kecerdasan, hilang selera makan serta mengalami kemurungan secara berpanjangan. Keadaan ini berlaku disebabkan oleh penyakit kronik atau kekurangan sesuatu zat makanan. Selain itu, haiwan yang mengalami kekurangan kobalt juga boleh menjadi penyebab berlakunya keadaan merana.
riparian planttumbuhan riparianLandskapTiadaTumbuhan yang hidup di sepanjang koridor sungai. Contohnya, pokok janda merana (Salix sp.).
Chinese gardentaman CinaLandskapTiadaTaman berlandskap yang berasal dari negara China. Taman ini biasanya mempunyai elemen seperti air, batu, pagoda dan tumbuhan berbunga seperti pokok ceri dan pokok janda merana (Salix sp.).
oriental landscapelandskap orientalLandskapTiadaPersekitaran yang mempunyai ciri-ciri rupa bumi yang terdapat di negeri Cina dan Jepun seperti bukit-bukau, batu kapur, tasik, seni bina Pagoda dan tumbuhan seperti janda merana (Salix sp.), pokok ru (Juniperus sp.) dan sebagainya.

Kembali ke atas