Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.ta] | مرات

Definisi : 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ta] | مرات

Definisi : 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Menyeladang bagai panas di padang.

Bermaksud :

Sama rata tanpa ada kecualinya. menyeladang = merata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila pilih ayat yang betul. Anda boleh memilih lebih daripada satu jawapan. (a) Jangan membuang sampah di merata tempat. (b) Jangan membuang sampah di merata-rata tempat. (c) Jangan membuang sampah di merata-rata. (d) Jangan membuang sampah merata-rata. (e) Saya melihat merata tempat. (f) Saya melihat merata-rata tempat.

Ayat yang betul ialah (a), (b), (e) dan (f). Manakala ayat yang tidak betul pula (c) dan (d) kerana kedua-dua ayat tersebut tidak lengkap.

Tatabahasa06.09.2021
1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni / belon-belon yang berwarna-warni 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat / merata-rata tempat.

1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni.

2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa05.06.2010
Salam. Adakah kedua-dua ayat di bawah ini diterima? Terima kasih. 1. Jangan buang sampah di merata-rata tempat. 2. Jangan buang sampah merata-rata tempat.Frasa yang betul ialah "Jangan buang sampah di merata-rata tempat".Tatabahasa05.09.2014
Apakah definisi Diaspora?Diaspora bermaksud 1. penyebaran ke merata-rata tempat, seperti orang yang pada asalnya tergolong dalam budaya yang sama; 2. kelompok manusia yang pada asalnya tergolong dlm budaya yang sama yang telah tersebar di merata-rata tempat lain.Makna05.11.2009
Tuan untuk ayat berikut, perkataan yang mana paling tepat? Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan ............... sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat. A dia B diri C dirinyaJawapan yang betul ialah A dia (Basil menyalahkan adiknya menghilangkan buku latihannya sedangkan dia sendiri yang meletakkannya di merata-rata tempat.)Tatabahasa07.06.2012
"Obor-obor" (ejaan perkataan yang digunakan merata-rata) tiada dalam Kamus Bahasa Melayu - kerana rupa-rupanya, ejaan sebenarnya ialah "ubur-ubur". Tapi di bahagian Istilah MABBIM, perkataan "obor-obor" pula digunakan. Boleh beri pencerahan tentang ejaan ini? Terima kasih.Menurut kamus terbitan terkini DBP; Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020; 1554 dan 2454):

obor-obor  ► ubur-ubur

ubur-ubur1 kata nama 
haiwan laut tidak bertulang belakang, berbadan lembut dan kebanyakannya lut sinar, bentuk badannya seperti payung yang terbuka, bersesungut terjurai ke bawah, dan sesetengah spesies mempunyai sengat yang beracun untuk menangkap mangsa dan mempertahankan diri;
sinonim: ampai-ampai; lambur;
Nama saintifik: Rhopilema esculenta

Kata padanan bagi jelly fish yang telah disepakati MABBIM juga pengesahan pakar bidang Perikanan, Sains Marin dan Geografi ialah ubur-ubur atau ampai-ampai.

Kami mengambil maklum tentang hal ejaan kata ini.
Ejaan24.05.2023
Berkenaan peribahasa "bagai cendawan tumbuh selepas hujan" adakah boleh jika ditambah perkataan "melata /merata" di tengah- tengah prb tersebut ? Contoh - bagai cendawan tumbuh melata selepas hujanPeribahasa ialah warisan daripada generasi terdahulu. Tidak ada tambah tokok dalam pengambilan peribahasa tersebut.Tatabahasa11.10.2014
apakah maksud dihamburkannya buah catur?

Hambur bermaksud membuang sesuatu merata-rata atau mengeluarkan banyak-banyak sesuatu benda. Berdasarkan makna yang tersebut ungkapan dihamburkannya buah catur (dalam permainan catur) kurang tepat kecuali jika ayat tersebut bermaksud mengeluarkan buah catur dengan banyak.

 

Tatabahasa29.04.2010
menghamburkan dan menyemburkan,apa bezanya?Menghamburkan bermaksud membuang sesuatu (bunga dan lain-lain) merata-rata; sama makna dengan menyebarkan dan menaburkan. Menyemburkan bermaksud memancarkan se­suatu dari mulut. Sila layari laman web kami www.prpm.dbp.gov.my , taipkan perkataan yang diperlukan dalam ruangan CARI dan saudara akan peroleh data daripada kamus, istilah dan sebagainya.Makna31.01.2011
Salam, apakah kata ganda berentak yang sesuai dengan keadaan bilik yang bersepah (pakaian diletakkan di merata-rata)..adakah sesuai digunakan tunggang-langgang?ataupun ada kata ganda berentak lain yang lebih sesuai?terima kasih.Dalam Kmaus Dewan Edisi Empat, tunggang-langgang bermaksud berlari pontang-panting (lintang-pukang), tunggang-tenggang; menunggang-langgangkan 1. menjadikan berguling-guling, mengguling-gulingkan, men-jungkirbalikkan; 2. menjadikan berlari tunggang-langgang (mengusir, mengejar, dll); 3. memutar-mutar atau membelit-belitkan (perkara, perkataan, perjanjian, dll), memu­tar­balikkan;.Daripada takrifan tersebut, perkataan tunggang-langgang kurang sesuai digunakan. 
 

Kata ganda yang sesuai digunakan ialah bersepah-sepah atau berserak-serak.
Tatabahasa02.12.2013
123

Kembali ke atas