Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ra.ta] | مرات

Definisi : 1. (menjadi) rata: matanya terpaku ke permukaan laut yg sekali-kali tersebak dan ~; buah padi yg sedang masak, kuning, dan ~; 2. = merata-rata tersebar (menular) ke mana-mana, pergi ke mana-mana, mere­bak: sebentar saja berita kejadian itu ~lah ke seluruh kampung; beberapa lamanya ia ~ di Eropah; 3. = merata-rata serata, segenap, seluruh, seantero: makanan utk pokok-pokok memang ada sedia hampir-hampir di ~ tempat; lipas didapati di ~ tempat di negeri panas; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ra.ta] | مرات

Definisi : 1 menjadi rata: Permukaan tasik itu kelihatan tenang dan ~ seolah-olah dipepat. 2 tersebar (pergi) ke mana-mana; merebak: Sebentar saja berita kematian pasangan gadis teruna itu ~ ke segenap kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rata
1. Bersinonim dengan datar
( papak, papar, tarah, )
(adjektif:)

2. Bersinonim dengan sama banyak
( sama adil, dengan saksama, )
(adjektif:)

3. Bersinonim dengan keseluruhannya
( dengan sekata)
(adverba:)

Kata Terbitan : serata, merata-rata, menyeratakan, rata-rata, merata, merata-rata, meratakan, kerataan, perata,

Puisi
 

Ambil parang pergi menebas,
     Dahannya jatuh merata-rata;
Dulu hamba mergastua bebas,
     Sekarang dijerat si molek jelita.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Menyeladang bagai panas di padang.

Bermaksud :

Sama rata tanpa ada kecualinya. menyeladang = merata.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
breastingmerataPerhutananTiadaTiada
ubiquitousindustri merataGeografiTiadaTiada
plane downmerataKomunikasiTiadaTiada
jointingtanggaman;merata (gergaji); buka sudut (mata gergaji)PerhutananTiadaTiada
jointingtanggaman;merata (gergaji); buka sudut (mata gergaji), sambunganKejuruteraanTiada1. Sambungan: Pemakalan bagi sambungan batu .,2. Pemisahan bahagian-bahagian yang membentuk acuan, dengan menempatkan lapisan nipis pasir di antara bahagian-bahagian itu.
ubiquitous industryindustri merataGeografiTiadaTiada
blanket spraysemburan merataPertanianTiadaTiada
even fracturerekahan merataKejuruteraanTiadaTiada
pervasive keykunci merataTeknologi MaklumatTiadaKunci yang melakukan fungsi yang sama sepanjang sesuatu penggunaan yang biasanya merujuk kepada kunci fungsian.
knockdownpenyekatan tempat marak;pukul jatuh (P.JAS); mati merata (kajian serangga),PerhutananTiadaTiada
12345

Kembali ke atas