Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sesuatu objek yg mudah dicam (spt bangunan, pokok, dll) sbg panduan menentu­kan lokasi sesuatu tempat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
mercu (kata nama)
Bersinonim dengan puncak, kemuncak, bahagian tertinggi, hujung tertinggi, apeks;,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
mercu tanda kata majmuk atau frasa nama?Mercu tanda merupakan kata majmuk. Kata majmuk ialah perkataan yang terdiri daripada dua perkataan atau lebih dan mempunyai satu makna.Lain-lain24.11.2020
Salam, Saya merujuk kepada pertanyaan saya sebelum ini berkenaan perkataan "terasmilah" Contoh Ayat penuh: Bersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izinNya jua maka tanggal 7 September 2017 ini terasmilah satu lagi mercu tanda ilmu di Negeri Perak ini amnya dan Daerah Batang Padang khususnya. Harap dapat bantuan daripada pihak tuan. Sekian, terima kasih. NAJJAHBersyukur kita ke hadrat Allah kerana dengan izin-Nya jua maka pada 7 September 2017 ini telah dirasmikan satu lagi mercu tanda ilmu di negeri Perak ini amnya dan daerah Batang Padang khususnya.Tatabahasa18.05.2017
Salam, Tuan, Saya ingin dapatkan kepastian berkenaan pengunaan perkataan "terasmilah" Contoh ayat: Pada tanggal 7 September 2017 ini terasmilah satu lagi mercu tanda... Adakah penggunaan perkataan ini sesuai atau sebaliknya? Saya telah membuat carian, namun tidak menjumpai perkataan tersebut. Sekian, terima kasih. NAJJAHUntuk makluman, perkataan "terasmilah" tidak terdapat dalam pangkalan data kami. Kami hanya ada maksud rasmi dan yang berkaitan dengannya. Puan boleh melihatnya melalui laman web kami iaitu, http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=rasmi. Pihak kami cuba untuk menggantikan perkataan yang puan berikan dengan perkataan yang lebih tepat, namun ayat tersebut tidak lengkap. Mohon puan menghantar yang baharu.Lain-lain18.05.2017
Penggunaan nama Putrajaya Story. Info berkaitan Putrajaya Story seperti dibawah. Putrajaya Story merupakan tarikan baharu pelancong domestik dan antarabangsa yang terletak di tengah-tengah Putrajaya. Bertempat bersebelahan Dataran Putra, Putrajaya Story bertujuan untuk menyediakan kepada pengunjung dengan konsep 3E yang terdiri daripada (Education, Experience & Enjoyable) yang berkisar tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara utama di Putrajaya. Ini adalah tempat yang menarik untuk pergi jika pelawat ingin memahami keunikan Putrajaya. Nama Putrajaya Story ini di pilih bagi menceritakan semua himpuan kisah yang berkisar tentang Putrajaya dari Prang Besar hingga Putrajaya hingga kini.Untuk permohonan tentang cadangan penamaan, sila buat permohonan melalui dbpsahbahasa.my. Cadangan pihak kami bagi penamaan yang baik dan betul dalam bahasa Melayu ialah GALERI PUTRAJAYA. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud "galeri" ialah bangunan atau bilik tempat mempamerkan karya-karya seni dan sebagainya. Pemilihan perkataan galeri ini sudah memadai bagi merujuk tentang fakta sejarah, mercu tanda dan acara yang diadakan di Putrajaya. Istilah28.07.2022
Salam, Mohon bantuan untuk menterjemahkan ayat seperti dilampiran. terdapat draf BM dilampirkan bersekali. Terima kasih

Persiaran Perdana terletak di lebuh berhias Putrajaya. Kami berkongsi jalan yang sama dengan bangunan mercu tanda seperti Palaceof Justice (POJ), Kementerian Kewangan (MOF) dan Perbadanan Putrajaya (PPJ). Pejabat Perdana Menteri dan Masjid Putrajaya adalah terletak di hujung jalan berhias tersebut.

Laluan ke Presint3, Putrajaya
Nota: Koordinat GPS:2.916511, 101.683260

Laluan ke lobi/pintu masuk ke tempat letak kereta bawah tanah

Tatabahasa08.05.2012
Penggunaan perkataan ikonik dalam ayat di bawah:- Terdapat dua buah Kompleks Kraf yang menjadi ikonik kepada perkembangan industri kraf negara iaitu Kompleks Kuala Lumpur dan Kompleks Kraf Langkawi.Kami berpendapat bahawa penggunaan "ikonik" dalam ayat tersebut tidak sesuai digunakan bagi merujuk kepada Kompleks Kuala Lumpur dan Kompleks Kraf Langkawi. Hal ini disebabkan 'ikonik' bermaksud mempunyai sifat menyerupai sesuatu ikon (gambar, lukisan, imej gambaran), memang tiada kena-mengena dengan struktur yang didirikan. Sehubungan dengan itu, dicadangkan supaya digunakan mercu tanda atau lambang kerana lebih sesuai.Istilah07.07.2015
Selamat petang. 1.Adakah "batu nadir" boleh digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa yang jarang didapati? 2.Apakah nama yang sesuai untuk batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di dalam taman bunga? Terima kasih.
  1. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, nadir bermaksud:
          i. perahu (di Melaka);
         ii. titik paling rendah bagi sesuatu jasad cakerawala, yang terletak langsung di bawah kaki pemerhati;
        iii. bahasa Arab: jarang ada atau didapati ganjil.
    Oleh itu, “batu nadir” sesuai digunakan untuk menghuraikan batu yang luar biasa dan jarang didapati.

  2. Untuk makluman tuan, berdasarkan carian dalam pangkalan data kami, tiada nama khusus yang sesuai digunakan bagi batu-batu aneh yang besar yang digunakan sebagai hiasan di taman bunga. Walau bagaimanapun, batu-batu yang digunakan dalam tujuan landskap kebiasaannya hanya disebut sebagai batu hiasan. Carian dalam pangkalan data kami juga, terdapat istilah batu monumental dalam bidang landskap iaitu blok batu yang luar biasa besarnya seperti batu yang digunakan sebagai batu peringatan, pembinaan air terjun atau mercu tanda. Untuk membantu tuan menyelesaikan hal berkaitan ini, tuan disarankan untuk membuat lebih banyak rujukan di perpustakaan atau boleh merujuk Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia. 
Lain-lain26.01.2021

Kembali ke atas