Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.cun] | مرچون

Definisi : sj bunga api yg meletup apabila di­bakar, petasan; ~ buluh senapang bambu, kpd saya jangan dituju prb janganlah saya digertak dgn barang sesuatu yg kosong. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.cun] | مرچون

Definisi : bunga api yg meletup apabila dibakar; petasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mercun

Puisi
 

Budak-budak pasang mercun,
     Pasang mari Kuala Muar;
Kepada tuan menjadi racun,
     Dengan saya jadi penawar.


Lihat selanjutnya...(2)

Pantun

SumberPuisi
Kurik Kundi Merah SagaBerbunyi mercun di tengah pekan, Anak angsa datang menyudu; Bagi racun saya nak makan, Tiada kuasa menanggung rindu.
Kurik Kundi Merah SagaBudak-budak pasang mercun, Pasang mari Kuala Muar; Kepada tuan menjadi racun, Dengan saya jadi penawar.

Kembali ke atas