Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mer.dé.ka] | مرديک

Definisi : (merdéka) bebas (drpd penjajahan, kurungan, naungan, dll), lepas (drpd tebusan, tuntutan), berdiri sendiri, tidak bergantung pd yg lain: Malaysia ialah sebuah negara yg ~ dan berdaulat; besok ia jadi seorang awam yg ~ dan tidak lagi menjadi perajurit yg dikongkong oleh undang-undang dan di-siplin; ~ ayam bebas sama sekali (boleh me­lakukan sesuatu sekehendak hati); akhbar ~ akhbar yg tidak terikat pd mana-mana parti politik; memerdekakan memberi kebebasan mele­paskan drpd penjajahan (kurungan dll), mem­bebaskan: India telah dimerdekakan pd bulan Ogos 1947; bagaimana dia boleh ~ dirinya drpd kapitalis-kapitalis kecil itu? kemerdekaan perihal merdeka (bebas), ke­bebasan: kita telah berjaya mencapai ~ pd 31 Ogos 1957; pemerdekaan perihal (perbuatan, usaha dsb) memerdekakan, pembebasan; pemerdeka orang dll yg membebaskan drpd penjajahan (kurungan dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mer.dé.ka] | مرديک

Definisi : /merdéka/ bebas drpd penjajahan, kurungan, naungan dll; tidak bergantung pd yg lain; berdiri sendiri: Malaysia negara yg ~ dan berdaulat. memerdekakan memberikan kebebasan; melepaskan drpd penjajahan, kurungan dll. kemerdekaan keadaan merdeka atau bebas; kebebasan: Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai ~ pd 31 Ogos 1957. pemerdekaan perihal atau perbuatan memerdekakan; pembebasan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
merdeka (adjektif)
Bersinonim dengan bebas, lepas, berdikari, merdeheka, langgas;,
Kata Terbitan : memerdekakan, kemerdekaan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
الحرmerdeka/bebas;orang merdekaAgama IslamFiqhOrang yang tidak menjadi hamba dan tidak dimiliki sebagai hamba oleh orang lain.
sovereigntykedaulatanSains PolitikPolitik PerbandinganKedudukan yang merdeka, berupaya menguruskan diri sendiri, dihormati dan bebas daripada gangguan atau campur tangan pihak lain. Walaupun kedaulatan sering merujuk kepada kedudukan sebuah negara yang merdeka dan bebas tetapi penggunaannya juga untuk melambangkan penghormatan kepada negeri, undang-undang dan perlembagaan seperti kedaulatan undang-undang dan perlembagaan. Negara yang merdeka dianggap berdaulat berbanding dengan negara yang masih dijajah. Contohnya, Malaysia menjadi sebuah negara yang berdaulat sejak mendapat kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Lihat juga daulat.
pseudoindependencemerdeka sadurSejarahTiadaTiada
السرايةmerdeka dengan ikutan (hamba)Agama IslamFiqhHamba yang dimiliki oleh dua orang, apabila seorang memerdekakan bahagiannya, kemerdekaan itu berlaku pada bahagiannya. Manakala bahagian rakannya boleh dibebaskan dengan bayaran.
عتقmerdeka (hamba)Agama IslamFiqhKebebasan yang diberikan kepada hamba oleh tuannya.
الكتابةmerdeka dengan tebusanAgama IslamFiqhPembebasan hamba dengan membayar tebusan dalam tempoh yang dipersetujui.
freemanorang merdekaSosiologiTiadaTiada
independenttak bersandar; merdeka; bebasFizikTiadaTiada
independenttak bersandar; merdeka; bebasKejuruteraanTiadaTiada
independent incrementtokokan merdekaMatematikTiadaTiada
123456

Kembali ke atas