Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ren.tas] | مرنتس

Definisi : 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ren.tas] | مرنتس

Definisi : 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merentas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum, apakah yangh dimaksudkan dengan Pendidikan Islam merentas Pendidikan Sivik?Merentas bermaksud mencakup atau merangkumi. Pendidikan Islam merentas Pendidikam Sivik boleh membawa maksud kurikulum pendidikan Islam merangkumi pendidikan sivik kerana dalamnya terdapat eleman kebaikan dan nilai-nilai murni.Makna26.11.2022
Salam sejahtera, soalan saya : 1.Apakah perbezaan antara merentas dan merentasi? 2. Wendy berjalan seorang diri _______( merentas/merentasi) ladang kelapa sawit yang luas itu. Apakah jawapan yang tepat bagi soalan tersebut. Sekian, terima kasih atas pencerrahan tuan.

Perkataan merentas dan merentasi ialah kata kerja terbitan yang mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh: 1. Awalan kata kerja me- (me+rentas), 2. Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i). Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, iaitu melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), memintas dan melintasi (sesuatu kawasan).  Contoh ayat: Wendy berjalan seorang diri merentas/merentasi ladang kelapa sawit yang luas itu.       

Tatabahasa24.03.2021
melintasi jalan raya yang merentas negeri. - betul. membina lebuh raya yang merentas negeri. - salahkah? Ini jugalah soalan PMR yang mengelirukan saya. Terima kasih diucapkan terlebih dahulu atas tunjuk ajar tuan/puan.

Kedua-dua ayat tersebut betul seperti yang saya cadangkan tadi, elok rasanya saudara berhubung terus dengan pihak yang menyediakan soalan tersebut.

Tatabahasa14.09.2011
apakah yang dimaksudkan dengan bahasa melayu merentas kokurikulumBahasa Melayu merentas kurikulum biasanya membawa maksud penggunaan bahasa Melayu yang betul dari segi tatabahasa bukan hanya dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, malahan dalam semua mata pelajaran lain. Tujuannya supaya bahasa Melayu digunakan secara betul dalam pengajaran dan pembelajaran. Begitu juga dalam kokurikulum, penggunaan bahasa Melayu mempunyai tujuan yang sama. Bagi maklumat lanjut, sila hubungi Bahagian Kurikulum dan bahagian pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran.Makna19.10.2006
Apakah ada perbezaan di antara MERENTAS dan MERENTASI?

Kata dasar untuk perkataan tersebut ialah RENTAS yang membawa maksud lintang; garis(an) ~ garis(an) yg melintang; keratan ~ keratan yg melintang; merentas 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; rentasan garisan dll yg merentas: nilaian n dapat diperoleh dr ~ graf pd paksi melintang dan ~ graf pd paksi tegak; salah satu cara yg mudah sekali utk menggambarkan kontur ialah dgn melukis ~; perentas (Mat) garisan lurus yg memotong dua atau lebih garisan lurus; ® retas. (Kamus Dewan Edisi Keempat).

Pengimbuhan ialah proses yang menggandingkan imbuhan dengan kata dasar. Proses ini menghasilkan perkataan yang disebut kata terbitan. Imbuhan dibahagikan kepada empat jenis berdasarkan kedudukan imbuhan itu dalam perkataan. Empat jenis imbuhan ialah awalan, akhiran, apitan dan sisipan. Perkataan MERENTAS dan MERENTASI ialah kata kerja terbitan yang  mengalami proses pengimbuhan awalan dan apitan. Contoh:

  • Awalan kata kerja me- (me+rentas)
  • Apitan kata kerja me-...-i (me+rentas+i)

Perkataan merentas dan merentasi membawa maksud yang sama, contoh penggunaannya:                              

  • Jejambat yang merentas/merentasi jalan kereta api itu penuh sesak.
  • Dia merentas/merentasi padang yang penuh dengan lalang.

Tatabahasa07.02.2019
1. Yang mana lebih tepat: Dakwah Merentasi Etnik atau Dakwah Merentas Etnik? 2. Nabi Musa a.s. salah seorang rasul ululazmi. Sewaktu baginda mendakwahi Firaun...Soalan saya: baginda dalam ayat tersebut seharusnya ditulis sebagai Baginda atau baginda? Terima kasihMerentas etnik lebih tepat.Lain-lain17.07.2019
Banyak orang menyertai larian merentas desa. Dalam ayat itu "Banyak orang" adakah ayat yang betul ? Saya telah bertanya dengan ramai rakan saya yang berbangsa Melayu dan mereka beritahu saya hanya "Ramai orang" digunakan dalam bilangan orang dan tidak dibenar menggunakan "Banyak". Saya keliru dengan ayat tersebut di atas dalam buku latihan anak saya..Banyak orang menyertai larian merentas desa. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, manakala ramai hanya digunakan untuk manusia sahaja.Tatabahasa11.07.2007
saya ingin mengetahui sama ada tajuk di bawah ini betul dan boleh digunapakai ayatnya. KESAN PENGETAHUAN DAN SIKAP GURU TERHADAP AMALAN PENGAJRAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM PRASEKOLAHTajuk "KESAN PENGETAHUAN DAN SIKAP GURU TERHADAP AMALAN PENGAJARAN PENDIDIKAN ALAM SEKITAR MERENTAS KURIKULUM PRASEKOLAH", boleh digunakan.Lain-lain28.07.2015
Banyak orang menyertai acara larian merentas desa. Pertanyaan saya adalah, adakah perkataan banyak boleh digunakan dalam ayat ini. Apakah perbezaan antara banyak dengan ramai? Terima kasih.Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia dan banyak juga merujuk kepada bilangan, manakala ramai hanya untuk manusia sahaja dan ramai juga merujuk kepada suasana.Tatabahasa11.07.2007
Tepatkah jika "jungle tracking" diterjermahkan kepada "meredah hutan" dalam bahasa Melayu?Cadangan istilah kami ialah "merentas hutan".Istilah08.03.2007
123

Kembali ke atas