Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ren.tas] | مرنتس

Definisi : 1. meretas, membuka, me­mutus­kan: kena balung ayam kenantan habis direntas taji ayam orang sebelah; 2. melalui atau menempuh (sesuatu kawasan), me­min­tas, melintasi, menjalani: jalan raya yg ~ negeri itu sangat banyak; kita ~ padang yg penuh dgn lalang; berlari ~ desa; 3. me­rintis; ~ jalan a) merintis (membuka) jalan; b) me­mintas jalan; 4. ki mencakup atau me­rangkumi: bahasa Melayu kini mampu ~ semua bidang ilmu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ren.tas] | مرنتس

Definisi : 1 melalui atau menempuh jalan yg terdekat; memintas; melintasi: Mereka berlari ~ desa. Dia ~ padang yg penuh dgn lalang. 2 membersihkan hutan utk membuat jalan; merintis: ~ jalan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merentas


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lower transittransit bawahMatematikTiadaTransit yang merentas cabang bawah transit meridian yang boleh berlaku di atas ufuk, seperti pada jasad samawi keliling kutub, atau merentas cabang meridian yang terletak di bawah ufuk pencerap. Inferior transit.
inferior transittransit inferiorMatematikTiadaTransit yang merentas cabang bawah transit meridian yang boleh berlaku di atas ufuk, seperti pada jasad samawi keliling kutub, atau merentas cabang meridian yang terletak di bawah pencerap. Lower transit.
transversalmerentas lintang; rentasan lintangFizikTiadaTiada
transversalmerentas lintang; rentasan lintangMatematikTiadaTiada
transversalmerentas lintang; rentasan lintang; melintangKejuruteraanTiadaTiada
transverse axispaksi merentas lintangMatematikTiadaTiada
transversal linegaris merentas lintangMatematikTiadaGaris yang memotong dua garis atau lebih.
cross-country runlari merentas desaSukanTiadaPerlumbaan larian yang merentasi pelbagai halangan tertentu seperti paya, bukit-bukau, sungai, dan hutan.
rip (seam)tetasKesenianTiadaMerentas kelim dengan mencabut atau memotong mata jahitan.
transversalrentasan lintangMatematikTiadaLihat garis merentas lintang.
12345

Kembali ke atas