Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.re.sap] | مرسڤ

Definisi : 1. masuk ke dlm liang dll (terutama barang yg cair), menyerap: sejuk angin timur laut yg bertiup itu pun ~ sampai ke tulang sumsum; perapkan daging itu beberapa waktu lamanya hingga garam dll ~ benar; meresap-resap ke rumah orang masuk-masuk ke rumah orang; 2. menyusup keluar, menitis, merembes (peluh): peluh dingin ~ membasahi seluruh badannya; 3. hilang, lenyap (drpd pandangan); makanan itu habis ~ habis lenyap (masuk ke mulut, dimakan); 4. masuk benar (ke dlm hati dll), lekat benar (di dlm hati): segala apa yg dikatakan oleh Khatijah ~ di hatinya; dia berasa sesuatu yg mesra ~ ke dlm jiwanya; 5. masuk ke dlm sesuatu dan menjadi sebahagian daripadanya: beberapa banyak kata asing yg telah ~ ke dlm bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.re.sap] | مرسڤ

Definisi : 1 masuk ke dlm liang atau lubang (bkn cecair); menyerap: Apabila hujan turun, airnya ~ perlahan-lahan ke dlm tanah. 2 ki masuk benar ke dlm hati (bkn nasihat dll): Segala nasihat orang tua itu ~ di hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
resap
Kata Terbitan : meresap, meresapi, meresapkan, terserap, resapan, keresapan, peresapan,

Peribahasa

Mencurah air di daun keladi.

Bermaksud :

Memberikan nasihat (ajaran dan sebagainya) yang tidak dapat meresap ke dalam hati.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
watertightnesskekalisan airKejuruteraanKejuruteraan BangunanUkuran terhadap keupayaan sesuatu bahan atau sesuatu struktur meresap keluar atau meresap masuk ke dalam takungan.
single diffusionperesapan tunggalSains ForensikTiadaKaedah imunoresapan yang menggunakan hanya satu komponen daripada sistem antigen-antibodi untuk meresap melalui gel. Kaedah imunoresapan ini berlaku apabila antigen meresap ke dalam gel yang mengandungi antibodi atau antibodi meresap ke dalam gel yang mengandungi antigen.
interstitial diffusionresapan celahanKejuruteraanKejuruteraan KimiaResapan yang berlaku apabila suatu atom meresap di antara kekisi dua atom ke tapak bersebelahan. Resapan ini berlaku apabila atom yang meresap lebih kecil saiznya daripada atom yang terdapat di dalam kekisi tersebut. Ini menyebabkan bahan tersebut mempunyai sifat pembengkakan atau pengecutan kerana gangguan struktur kekisi.
ideal pore structurestruktur liang unggulKejuruteraanKejuruteraan KimiaLiang mangkin berbentuk silinder yang terbuka pada kedua-dua hujungnya. Dengan ini, bahan tindak balas akan mudah meresap masuk dan produk juga mudah meresap keluar.
pervademeresapKesenianTiadaTiada
diffusive fluxfluks meresapKejuruteraanTiadaTiada
seeping waterair meresapKejuruteraanTiadaTiada
nondiffusing liquidcecair tak meresapKejuruteraanTiadaTiada
diffusing softener diskcakera pelembut meresapKomunikasi MassaTiadaTiada
Hydro-dynamical theory for coefficient of diffusionteori hidrodinamik pekali resapanKejuruteraanKejuruteraan KimiaTeori yang menjelaskan fenomena resapan cecair untuk menganggarkan pekali resapan dengan anggapan bahawa peresapan cecair adalah berhubung kait dengan pergerakan molekul yang meresap atau bersandarkan halaju bersih molekul yang meresap di bawah pengaruh per unit daya pemacu pergerakan molekul. Pekali resapan dijelaskan oleh persamaan Stokes-Einstein.
123456789

Kembali ke atas