Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.riah] | مرياه

Definisi : 1. riang gembira, suka ria: mereka merayakan kemenangan itu dgn sangat ~; suasana di Carenoble kelihatan ~ kerana Krismas tidak lama lagi akan menjelang; 2. besar-besaran, ramai: pesta main pantai tahun ini lebih ~ drpd tahun-tahun lalu; 3. dgn rasmi, dgn upacara (kebesaran, kemuliaan, dll): mereka pun mulai menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh perasaan; memeriahkan menjadikan meriah, meng­gembirakan, meramaikan, dll: pesta itu di-meriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai bangsa; kemeriahan keriaan, kegembiraan, kera­maian: hari ulang tahun keputeraan Nabi SAW telah kita peringati dan telah kita rayakan dgn penuh kemesraan dan ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.riah] | مرياه

Definisi : 1 riang gembira; suka ria: Mereka merayakan kejayaan itu dgn ~nya. 2 besar-besaran; ramai: Perayaan menyambut hari kemerdekaan tahun ini lebih ~ drpd tahun yg sudah-sudah. 3 dgn segala kebesaran, kemuliaan dll: Mereka menyanyikan lagu kebangsaan dgn ~ dan penuh semangat. memeriahkan menjadikan meriah; menggembirakan: Pesta itu dimeriahkan dgn tarian dan nyanyian drpd berbagai-bagai kaum. kemeriahan keadaan meriah; keriaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
meriah (adjektif)
Bersinonim dengan riang ria, riang gembira, suka ria, girang, seronok, ramai, gamat;,
Kata Terbitan : memeriahkan, kemeriahan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
carolkarolMuzikTiada

 Lagu tradisional bagi perayaan Krismas yang berasal dari England pada Zaman Pertengahan. Karol biasanya meriah dan teksnya tentang Virgin Mary dan kelahiran Jesus. Contohnya, Christmas Carol.

joyeuxjoyeuxMuzikTiada

 Gaya yang meriah dan sangat gembira. Joyeux biasanya dalam tempo muzik yang rancak dan bersemangat.

trionfaletrionfaleMuzikTiada

Gaya persembahan yang meriah dengan perasaan yang gembira. Contohnya, Marcia Trionfale daripada opera Aida oleh Verdi.

pseudo-environmentsekitaran buatanKomunikasiKorporatRuang dan suasana yang dicipta bagi mengesahkan sesuatu aktiviti komunikasi dan pemasaran yang akan dilakukan. Contohnya, suasana yang diwujudkan oleh syarikat pengeluar bagi membolehkan aktiviti promosi dan pengiklanan dilakukan dalam sesuatu tempoh. Aktiviti ini biasanya berlaku menjelang musim perayaan. Persekitaran ruang pemasaran dibina dan dimeriahkan mengikut reka bentuk, warna, dan hiasan yang melambangkan sesuatu acara yang berkaitan. Ruang ini mewujudkan perasaan gembira dan meriah dalam kalangan khalayak. Walaupun masa perasaan sebenar masih belum bermula, syarikat pengeluar berkenaan telah memulakan kempen barangan mereka dengan lebih awal, sama ada melalui persekitaran yang dibina di premis perniagaan atau persekitaran audiovisual yang disalurkan di media massa.
transvestitetransvestitKesenianDrama dan TeaterGelaran yang diberikan kepada pelakon lelaki yang memakai kostum dan memainkan peranan wanita. Kewujudan watak tranvestit merupakan satu unsur daya tarikan dalam seni persembahan tradisional Melayu. Contohnya, dalam tradisi permainan muzik ghazal, sesuatu persembahan ghazal hanya lengkap dengan penampilan peranan tranvestit yang menari untuk memeriahkan suasana. Begitu juga dengan permainan hadrah noge yang permainannya menjadi lebih meriah dengan penampilan beberapa orang penari tranvestit yang sedang dikacau atau dirasuk oleh seorang penari lelaki.

Kembali ke atas