Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.riam] | مريام

Definisi : sj senjata api yg lebih besar drpd se­napang; ~ buluh a) meriam yg larasnya panjang dan bulat; b) meriam mainan yg dibuat drpd buluh (dibubuhi karbida); ~ katak meriam yg kecil lagi pendek larasnya; ~ penangkis (kapal terbang) meriam utk menentang serangan kapal terbang. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.riam] | مريام

Definisi : senjata api yg besar dan berat (lebih besar drpd senapang). ~ buluh a. meriam yg larasnya panjang dan bulat. b. meriam mainan yg dibuat drpd buluh (diletupkan dgn menggunakan karbida). ~ katak meriam yg kecil lagi pendek larasnya. ~ penangkis meriam utk menentang serangan kapal terbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meriam

Peribahasa

Seelok-elok makan peluru meriam.

Bermaksud :

Jaraknya sesuatu tempat menurut ukuran zaman dulu.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
tungkobong Kdmeriam buluh, hanya digunakan untuk mengkhabarkan adanya kematian.Meriam buluh atau "tungkobong" digunakan untuk mengkhabarkan dan memberitahu kepada penduduk-penduduk kampung mengenai kematian itu. Bagi orang-orang Dusun Tungku, sebaik-baik sahaja berlaku sesuatu kematian, mereka memalu gong dengan rentak paluan yang disebut "Tawog-tawog" dan "Getung".Tatacara Adat Istiadat dan Kebudayaan KadazanGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
rentaka Bj Sm, Tbsejenis meriam besar.Sebaliknya, Riad perlu mengadakan hantaran belanja dalam bentuk mata benda seperti keris, lembing, parang, rentaka atau sejenis meriam seberat tiga pikul, kerbau, sapi, kambing, kuda, gong, bebandil dan sebagainya.Dari Dalam CerminGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
nopung Kdbarang hantaran daripada pihak keluarga lelaki kepada pihak perempuan.Benda-benda hantaran seperti gong, canang, meriam kecil, kerbau, geran tanah dan seumpamanya yang dipanggil nopung, jelas Ivan penuh sabar. "Semuanya akan diserahkan kepada keluarga pihak perempuan."Debur MenerpaGlosari Leksikal Bahasa Sukuan

Kembali ke atas