Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ro.ko/] | مروکوق

Definisi : menghisap rokok: ia seorang yg tidak ~ dan tidak minum minuman keras; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.ko/] | مروکوق

Definisi : menghisap rokok: Orang ramai dilarang ~ di dlm panggung wayang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata merokok

Puisi
 

Pandai benar tuan merokok,
     Lepas sebatang sebatang lagi;
Pandai benar abang mengelak,
     Lepas seorang seorang lagi.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ayat manakah lebih betul Harap jangan merokok atau Jangan merokok Adakah sila jangan..., tolong jangan.., minta jangan..., harap jangan.. betul?Ayat perintah boleh menggunakan perkataan harap, jangan dan sila, tetapi tidak secara berturutan seperti sila jangan atau harap jangan. Untuk lebih tegas, perkataan harap dan jangan lazimnya digunakan seperti "Jangan Merokok" dan "Harap Bersabar".Tatabahasa28.07.2016
1. Kawasan merokok atau kawasan untuk merokok ? 2. Makan tengah hari atau makan pada waktu tengah hari ? 3. Pertandingan mendeklamasi sajak atau pertandingan deklamasi sajak ? 4. Kurangkan kelajuan atau kurangkan laju? 5. Agar-agar susu atau agar-agar berperasa susu ? 6. kunjung-mengunjung atau kunjung-mengunjugi ? 7. sampah sarap atau sampah-sarap? 8. gotong-royong atau gotong royong ? 9. pertandingan bercerita atau pertandingan cerita ? 10.teknik menjawab soalan atau teknik jawab soalan ?1. Kawasan merokok, 2. makan tengah hari, 3.Pertandingan mendeklamasikan sajak, 4. kurangkan laju, 5. Agar-agar susu, 6. kunjung-mengunjung, 7. sampah sarap, 8. gotong-royong, 9. Pertandingan bercerita, 10. Teknik menjawab soalan. Saudara boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.  Istilah30.11.2009
kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok atau kawasan kampus ialah kawasan larangan merokok. Yang mana betul/lebih tepat.Jawapan yang betul ialah kawasan kampus adalah kawasan larangan merokok.Lain-lain16.11.2010
Salam, antara frasa di bawah ini, yang manakah betul? A. Menjauhi diri daripada merokok B. Menjauhkan diri daripada merokok Sekian, terima kasih.Frasa yang betul ialah Menjauhkan diri daripada merokok.Tatabahasa14.11.2012
boleh e-mailkan saya contoh karangan fakta berkaitan persekitaran bebas rokok ?Sila rujuk bahan inji :1. Larangan merokok di sekolah :apa sumbangan kita ? Hasan Baseri Budiman Dewan Masyarakat 01/08/1997 2. Kesan dan bahaya merokok Dewan Masyarakat 01/10/1998 3. Implikasi larangan merokok Abdul Ghani Awang Dewan Masyarakat 01/10/1994 4. Menghapuskan tabiat merokok Siti Khalijah Mahamud Dewan Siswa 01/01/1995 . 5.Kempen Antimerokok Ismail Restu Dewan Sastera 01/04/2004Lain-lain28.07.2007
Mohon semak adakah penggunaan bahasa Dilarang Merokok Atau Mengewap No Smoking Or Vaping Terima kasih"No Smoking or Vaping" boleh diterjemahkan sebagai Dilarang Merokok dan Menghisap e-RokokMakna16.07.2019
Minta tanya 1) ... kesan-kesan merokok (kepada/terhadap) pelajar... 2) ... membeli (dengan/pada) harga yang rendah... 3) ... dia bertindak demikian oleh sebab tidak mempunyai wang yang cukup...1) ... kesan-kesan merokok terhadap pelajar...
2) ... membeli dengan harga yang rendah...
3) ... dia bertindak demikian kerana tidak mempunyai wang yang cukup...
Tatabahasa25.09.2013
minta terjemah ayat "quit smoking centre" dalam bahasa malaysia, bolehkah mengguna "pusat berhenti merokok"? sila maklumbalas ke emel xenexmail@gmail.com, terima kasihJika diterjemahkan secara langsung 'Quit smoking centre' dalam bahasa Melayu ialah 'Pusat Berhenti Merokok'. Walau bagaimanpun terjemahan ini terlalu umum dan kami mencadangkan diberi nama lain yang lebih indah di samping tidak mengaitkan pusat 'pemulihan' tersebut dengan kegiatan merokok.Istilah02.04.2011
Jawapan yg mana satu yg betul? Pilih ayat yg sama maksud dgn ayat yg dbrikan. Gejala meroko dalam kalangan murid semakin serius dan perlu ditangani dengan segera. A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera. B. Oleh sebab gejala merokok dalam kalangan murid membimbangkan, gejala ini perlu diatasi dengan segera.Jawapan yang tepat ialah A. Gejala merokok dalam kalangan murid semakin membimbangkan, maka perlu diatasi dengan segera.Tatabahasa05.02.2013
salam sejahtera tuan, merujuk Tatabahasa Dewan Edisi ketiga (2014:450), ada dinyatakan bahawa "ayat sejenis ayat larangan lagi yang bersifat umum yang tidak menggunakan kata larangan dan tidak menerima partikel "lah". Contonya : "Dilarang merokok". Adakah pernyataan tersebut membawa maksud bahawa, jika ditulis menjadi "Dilaranglah merokok" akan menjadi ayat tidak gramatis? Terima kasih.Berdasarkan penerangan pada halaman yang tersebut, ayat Dilaranglah merokok dan Ditegahlah berludah di sini ialah bentuk yang tidak gramatis.Tatabahasa18.08.2015
123

Kembali ke atas