Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1. meluncur turun, gelongsor, menggelingsir: ia tidak sedar ketika anaknya ~ dr pangkuannya; 2. sangat banyak turun­nya, jatuh sekali (harga barang dll): harga getah sangat ~ tahun ini; 3. menjadi kurang sangat (hasil, pendapatan, pengaruh, dll): maka majalah itu pun mulai ~ pen­jual­an­nya; gengsi kami di luar negeri sangat ~ dan sentiasa menjadi bahan tertawaan; 4. semakin kurang (mundur), tidak maju (ke­pandaian, kesihatan, dll): kesihatannya se­makin ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1. tergelincir turun (kerana licin dll); 2. turun (harga, mutu, dll), jatuh, berkurang (perniagaan dll): kerana aku begitu terikat dlm soal-soal politik, maka biro teknikku ~ sehingga mati sama sekali; memerosotkan menyebabkan merosot (bkn harga, prestasi dsb), memundurkan: faktor psikologi ini akan ~ prestasi harga dlm pasaran saham; kemerosotan perihal merosot (nilai wang, mutu, kemajuan, dll), kejatuhan, kemunduran: apabila berlaku ~ dlm bidang perusahaan, maka pengusaha terpaksa memberhentikan kebanyakan atau semua pekerjanya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : 1 bergerak dr tempat tinggi ke tempat rendah; menggelongsor; turun: Ia tidak sedar bahawa anaknya ~ dr pangkuannya. 2 jatuh atau turun (bkn harga atau nilai sesuatu): Sejak beberapa tahun lalu, harga getah ~ tetapi sekarang naik kembali. 3 menjadi semakin kurang (bkn hasil, pendapatan dll): Kerana musuh terlalu banyak, hasil padi tahun ini ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.ro.sot] | مروسوت

Definisi : turun atau jatuh (bkn harga, prestasi, mutu dll); tidak maju: Perniagaannya makin lama makin ~ kerana termakan modal. kemerosotan keadaan merosot (bkn nilai wang, mutu, kemajuan dll); kemunduran; kejatuhan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rosot
Kata Terbitan : merosot, merosotkan, kemerosotan,


Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
degenerate simplexsimpleks merosotsimpleks merosotsimpleks merosotMatematik
collapsed fisheryperikanan merosotperikanan merosotperikanan merosotPerikanan
detrimental variablepeubah merosotpemboleh ubah merosotpemboleh ubah merosotBiologi
degenerate distributionsebaran menciuttaburan merosottaburan merosotMatematik
degenerate, tomenciutTiadamerosotMatematik
degenerate functionfungsi ciut (menciut)Tiadafungsi merosotMatematik
degenerate eigen valuenilai eigen ciutTiadanilai merosotMatematik
non-degenerate critical pointtitik kritis tak ciutTiadatitik genting tak merosotMatematik
No-drop imagecitra tak merosotimej tanpa gugurimej tanpa gugurTeknologi Maklumat

Kembali ke atas