Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ro.yan] | مروين

Definisi : menderita sakit sesudah bersalin, dihinggapi royan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.yan] | مروين

Definisi : gangguan emosi selepas bersalin akibat perubahan hormon dlm badan yg me­nyebabkan seseorang ibu murung, bertindak ganas, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ro.yan] | مروين

Definisi : sj tumbuhan (pokok), kelat tanduk, jarum hutan, Ixora spp.; ~ batu sj tumbuhan, banton, Vitex coriacea; ~ punai tanah sj tumbuhan (pokok), Acrotrema costatum; akar ~ jantan = akar ~ paya sj tumbuhan (pokok renek), akar berbuah, Dissochaeta celebica; akar ~ sambang sj tumbuhan (pokok menumpang), akar ketam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meroyan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
maternal bluesmeroyanKejururawatanTiadaKeadaan ibu murung semasa dalam tempoh 42 hari berpantang.
Ardisia crenataMata pelandok betinaPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Myrsinaeae ini juga dikenali sebagai mata ayam, akar bebuluh dan sirih puyuh. Tumbuhan ini jenis renik. Daunnya jenis ringkas, berbentuk lonjong tirus dan tepinya berlekuk-lekuk (krenat). Bunganya berwarna putih kemerahan. Buahnya kecil, jenis beri, berwarna merah apabila masak. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai hiasan. Buah yang masak boleh dimakan dan daun dimakan sebagai ulam. Jus tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk merawat sakit kulit dan sakit telinga. Jusnya dimakan untuk merawat demam, batuk, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan haid tidak teratur. Air rebusan akar diminum untuk mengubati meroyan, sakit tekak dan sakit dada. Pengambilan dalam kuantiti yang tinggi akan menyebabkan muntah.
Ardisia crenatamata pelanduk betinaHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan dalam famili Myrsinaceae yang dikenali juga sebagai mata ayam, akar bebuluh dan sirih puyuh. Tumbuhan ini jenis renek. Daunnya jenis ringkas, berbentuk lonjong tirus dan tepinya berlekuk-lekuk (krenat). Bunganya berwarna putih kemerah-merahan. Buahnya kecil, jenis beri dan berwarna merah apabila masak. Tumbuhan ini biasanya ditanam sebagai hiasan. Buah yang masak boleh dimakan dan daun dimakan sebagai ulam. Jus tumbuhan ini digunakan secara luaran untuk merawat penyakit kulit dan sakit telinga. Jusnya diminum untuk merawat demam, batuk, cirit-birit, jangkitan saluran pernafasan dan haid tidak teratur. Air rebusan akarnya diminum untuk mengubati meroyan, sakit tekak dan sakit dada. Sekiranya air rebusan ini diminum dalam kuantiti yang banyak, akan menyebabkan muntah.
Elephantopus scaberTutup bumiPertanianTiadaTumbuhan dalam famili Asteraceae ini juga dikenali sebagai tapak sulaiman dan tapak leman. Tumbuhan ini jenis herba, daunnya bentuk oblong obtus pada pangkal batang dalam susunan roset . Tepi daun bergerigi, permukaan bawahnya berbulu dengan tangkai daun (petiol) yang sangat pendek. Tangkai jambak bunga panjang dan berbulu mengandungi bunga kecil berwarna ungu atau merah jambu. Bunga dikelilingi oleh brakta berwarna hijau. Pokok ini mengandungi dotriakontanol, epifridelinol, triakontanol, kalium klorida, dihidrodeoksixilefantopin, stigmasterol dan lupeol. Pokok ini tumbuh liar di kawasan lapang, ladang getah dan kelapa sawit. Air rebusan daun atau akar diminum untuk melawas kencing, mengubati demam, dropsi, muntah, penyakit kelamin perempuan dan bengkak buah zakar. Air rebusan pokok diminum untuk rawatan selepas bersalin dan meroyan. Air rebusan akar diminum untuk mengubati batuk, kecacingan, muntah dan sebagai tonik. Daunnya digunakan untuk merawat sakit kepala.
Elephantopus scabertutup bumiHerbaBotani dan BioteknologiTumbuhan herba semusim dalam famili Asteraceae yang dikenali juga sebagai tapak sulaiman. Tumbuhan ini hidup sebagai rumpai di kebun, tepi jalan dan padang ragut. Tumbuhan ini sangat rendah, daunnya tersusun berbentuk roset dan hampir melekat pada tanah. Daunnya berbulu, berbentuk bujur panjang atau oblong dan hujungnya bulat. Tangkainya sangat pendek, jambak bunga tegak dan agak panjang serta bercabang di hujung. Jambak ini ditutupi braktea seperti daun yang berwarna kemerah-merahan atau keungu-unguan. Bunganya kecil berwarna ungu, merah jambu atau putih. Keseluruhan pokok digunakan untuk melawaskan kencing, mengubati demam, merawat dropsi dan penyakit kelamin serta sebagai ubat tahan muntah. Air rebusannya diminum sebagai tonik untuk ibu selepas bersalin. Akarnya dibuat campuran ubat untuk merawat meroyan, batuk dan kecacingan.

Kembali ke atas