Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ruap] | مرواڤ

Definisi : 1. Mn berbuih, membuih: air sabun itu ~; 2. mendidih dan melimpah, meluap (nasi dll), membual dan berbuih-buih (air soda dll yg dituang dlm gelas): nasi yg ditanaknya itu ~; gulai (sayur) ~ gulai (sayur) melimpah kerana mendidih; 3. = meruap-ruap men­jadi-jadi perasaannya (geram dll), meluap-luap, menyala-nyala: semangat orang akan ~ dan menyala lagi; perasaan manusia yg hadir ketika itu meruap-ruap kerana telah menjadi bangsa yg merdeka; darah ~ naik ke muka; ~ darahnya marah sekali; 4. men­jadi wap (mengewap) kerana dipanaskan: ~ kerana kena panas; 5. menyombong, ber­cakap besar (membual): jangan sekali-kali suka ~, nanti ketara kelemahan dirimu sendiri; 6. merebak (bau dll): dr dapur, ~ bau gulai ayam yg membuka selera; 7. (Kim) cepat menjadi wap pd suhu bilik (bkn pepejal atau cecair); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ruap] | مرواڤ

Definisi : 1 mengeluarkan buih; menjadi spt buih; membuih: Air sabun itu ~. 2 mendidih dan melimpah; meluap spt air soda yg dituang dll: Bir itu ~ apabila dituang ke dlm gelas. 3 ki menjadi-jadi atau bertambah-tambah (bkn perasaan, spt marah); meluap: Semangat utk berjuang ~-ruap di dadanya. dan ~ yg berbeza. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ruap
Kata Terbitan : meruap, meruap-ruap,

Puisi
 

Selasih meruap-ruap,
     Anak tempua terbang ke Jeddah;
Kasih boleh dibuat-buat,
     Hendak mesra bukannya mudah.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
volatile anaestheticanestetik meruapanestetik meruapanestetik meruapPerubatan
ester volatile oil(s)ester minyak meruapester minyak meruapester minyak meruapFarmasi
volatile memorymemori sementaraingatan meruapingatan meruapTeknologi Maklumat
nonvolatile memorymemori mantapingatan tak meruapingatan tak meruapTeknologi Maklumat
nonvolatile storagepenyimpan tak gabarstoran tak meruapstoran tak meruapTeknologi Maklumat
nonvolatile memoryingatan tak mengwapingatan tak meruapingatan tak meruapKejuruteraan
volatile fatty-acidasam lemak asiriasid lemak meruapasid lemah meruapPenternakan
volatile organic compoundcampuran organik teruapsebatian organik meruapsebatian organik meruapKejuruteraan
essential oilsminyak atsiriminyak petin, minyak meruapminyak pati, minyak meruapFarmasi

Kembali ke atas