Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ru.ngut] | مروڠوت

Definisi : , berungut berleter, bersungut, menggerutu, mengomel: ia mendongak ke atas sambil ~ kerana bising; kelambatan balik dr menoreh sudah menjadi ke­biasa­anku, tidaklah ibuku berungut lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ru.ngut] | مروڠوت

Definisi : bercakap panjang-panjang dgn tidak menentu tujuannya; berleter; bersungut: Dia ~ kerana wang yg diterimanya itu tidak cukup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rungut
Kata Terbitan : merungut, rungutan,

Puisi
 

Mana tuan tidak ke laut,
     Tuan menyelam batang tenggelam;
Mana tuan tidak merungut,
     Tuan menghibur hati yang dendam.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
"Tidak mengalah dan tidak merungut" atau "Tidak mengalah dan merungut". Adakah "tidak" perlu diulang dua kali untuk kedua-dua kata kerja negatif ini?Ayat yang betul ialah tidak mengalah dan tidak merungut.Tatabahasa26.05.2021
tuan, mengapakah dia asyik merungut-rungut saja sejak tadi? apakah kesalahan dalam ayat ini?Mengapakah dia asyik merungut-rungut sahaja sejak tadi? - ayat ini betul.Tatabahasa09.08.2011
Tuan yang bijaksana, Adakah perkataan "sekalipun" tergolong dalam kata sendi? Partikel "pun" pada "sekalipun" mesti dieja rapat. Bagaimana pula sekiranya ia menunjukkan bilangan. Contohnya: Sekalipun Abdul Rahman tidak merungut. (membawa maksud Abdul Rahman tidak pernah merungut) Dalam ayat di atas, adakah partikel pun perlu dirapatkan juga?Ada dua cara menulis partikel pun. 1) Kata pun berfungsi sebagai kata tugas yang bererti juga ditulis terpisah daripada kata yang ada di sampingnya. Contohnya: i) Jika dia pergi, saya pun pergi. ii) Jangankan dua kali, sekali pun engkau belum pernah datang ke mari.  2) Ada beberapa perkataan yang ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan partikel pun, antaranya: adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk panduan.

Berdasarkan maksud ayat yang dinyatakan, ejaan sekali pun dieja terpisah.
Tatabahasa22.04.2013
para guru sering merungut mengenai pelajar yang malas tuan, adakah mengenai salah digunakan dalam ayat ini? tq

Mengenai bermaksud kena pada dan tidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 278.

Tatabahasa19.09.2011

Kembali ke atas