Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mes.ki] | مسکي

Definisi : = ~pun sungguhpun, walaupun, biarpun, kendatipun: kepalanya terangguk-angguk alamat ia telah mengantuk, ~pun malam itu baru kira-kira pukul delapan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mes.ki] | مسکي

Definisi : = meskipun sungguhpun; walaupun: ~ ia kaya, ia tidak sombong. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meski

Puisi
 

Kijang kuning di tengah belukar,
     Disalak mari anjing Belanda;
Meski di dalam padang terbakar,
     Adik seorang aku tak lupa.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Meski ke langit akan menjemur,
     kalau hari tak panas tak juga kering.

Bermaksud :

Kalau nasib buruk, betapa pun diusahakan tetap buruk juga.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan namun demikian dan meski pun demikian. Mana satu yang betul?Kedua-dua perkataan "namun" dan "meskipun" membawa maksud yang sama.Tatabahasa25.08.2015
1- Adakah bahasa melayu dan bahasa indonesia disifatkan merupakan bahasa yang sama di peringkat antarabangsa? 2- Bagaimanakah cara terselamat untuk bertutur bahasa melayu/indonesia tanpa menyisihkan warga asing yang hanya belajar antara bahasa melayu atau bahasa indonesia sahaja? 3-Bolehkah kita bertukar-tukar istilah antara bahasa melayu dan bahasa indonesia selagi istilah tersebut mempunyai rekod didalam kamu dbp? Kerana, industri yang menekankan pasaran seperti muzik telah menerima pakai perkataan indonesia seperti coba, meski, ujung, dll. Terima kasih.

1. Bahasa Melayu dan bahasa Indonesia termasuk dalam kumpulan bahasa Nusantara.

2. Tidak timbul isu menyisihkan warga asing yang hanya belajar dalam bahasa Melayu atau bahasa Indonesia kerana kedua-duanya serumpun.

3. Dalam pembentukan istilah, telah ditubuhkan  Majlis Bahasa Brunei Darussalam-Indonesia-Malaysia (MABBIM) menjadi tapak langsung kerjasama kebahasaan pada peringkat ASEAN, khasnya dalam bidang penyelarasan peristilahan antara ketiga-tiga negara. Tidak ada konsep ‘bertukar-tukar istilah’ sebaliknya penyelarasan istilah diputuskan oleh MABBIM ini.


Penyelidikan26.02.2017
PENGUNAAN PUN DALAM BAHASA MELAYU.. SAYA AMAT MEMERLUKAN JAWAPANNYADalam bahasa Melayu, kata penegas atau partikel 'pun' mempunyai dua fungsi, iaitu 1.yang bermaksud juga, bahkan, biar, menguatkan pokok ayat, turutan dan penguat kata tak tentu dieja terpisah. 2. pun dieja rapat apabila digandingkan dengan 13 perkataan sahaja, iaitu adapun, andaipun, bagaimanapun, biarpun, kalaupun, kendatipun, lagipun, mahupun, meskipun, sekalipun, sungguhpun dan walaupun.Tatabahasa03.03.2009

Kembali ke atas