Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat; ~ agung perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll); bermesyuarat berunding, berapat, berbin­cang, berbicara: rakyat berhak berkumpul sama ada utk ~, bersuka ria atau bermua-fakat; memesyuaratkan sl membincangkan, me­rundingkan, membicarakan: baginda menyu-ruh panggil sekalian orang besar-besar ~ halnya itu; permesyuaratan perihal bermesyuarat, pe­rundingan, perbincangan, rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yg khusus yg lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir kpd sistem demokrasi; musyawarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : rundingan utk membincangkan sesuatu atau utk mencari sesuatu ketetapan: ~ agung rundingan besar (oleh sesuatu persatuan, badan dll). bermesyuarat berbincang atau berunding ttg sesuatu hal atau utk mencapai sesuatu keputusan: Pegawai-pegawai tinggi telah ~ utk mengurangkan perbelanjaan dlm negeri. memesyuaratkan membincangkan sesuatu dlm mesyuarat; mengadakan mesyuarat ttg sesuatu; merundingkan: Perkara itu telah dimesyuaratkan. permesyuaratan perbuatan atau hal bermesyuarat; perundingan; perbincangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Di dalam Penulisan Surat, Memo, Minit Mesyuarat mahupun Kertas Kerja, untuk menulis tarikh atau nombor, yang manakah cara penulisan yang betul samada :- 1) untuk tarikh - 19 November 2008 @ 19.11.2008 2) untuk bilangan mesyuarat - mesyuarat bilangan Ke Empat Tahun 2008 @ mesyuarat bilangan ke 4/2008 3) untuk nombor - dua (2) @ terus taip nombor 2 Khidmat nasihat DBP diperlukan di dalam perkara ini. STK.

Puan Noraidah terima kasih kerana menghubungi KNBDBP

1. untuk menulis tarikh yang baik ialah, 19 November 2008

2.Minit Mesyuarat - - mesyuarat bilangan 4/2008

3. lebih baik dieja dua jika bilangannya tidak melebihi sepuluh

Lain-lain17.09.2009
Soalan adalah berkenaan tajuk mesyuarat berikut: 1. Mesyuarat Bagi Membincangkan Isu xxxxx ...... 2. Mesyuarat Berkenaan Isu xxxxx .... Tajuk mesyuarat yang manakah sesuai? 1 atau 2 di atas?Biasanya tajuk ditulis dalam bentuk kata nama, seperti Mesyuarat Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Kalangan Pelajar. Mesyuarat bertujuan untuk membincangkan sesuatu isu, maka tajuk mesyuarat terus fokus kepada isu berkenaan.Tatabahasa27.10.2021
Salam.. Mohon penjelasan penggunaan perkataan Mesyuarat Agung Tahunan atau Mesyuarat Tahunan sahaja yang betul.? Dan Di mana sesuainya kedua-dua perkataan tersebut.. Betulkah Mesyuarat Agung Tahunan ini mesti ada agenda seperti (contoh) : Ucapan Pengerusi Pembentangan aktiviti Pembentangan kewangan Pemilihan JK Dan lain-lain Manakala Mesyuarat Tahunan itu tiada agenda khusus, sebagai contoh...Mesyuarat Tahunan antara kerajaan Malaysia dan kerajaan Singapura.Mesyuarat Agung lazimnya dilaksanakan dalam pertubuhan atau persatuan seperti Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru. Mesyuarat antara negara lazimnya disebut mesyuarat tahunan seperti Mesyuarat Tahunan Malaysia - Singapura.Lain-lain28.02.2020
Adakah penggunaan "panggilan mesyuarat" bagi mengundang ahli mesyuarat menghadiri sesuatu mesyuarat tepat?

Frasa "panggilan mesyuarat" boleh digunakan kerana perkataan “panggilan” juga membawa maksud undangan atau jemputan untuk ke sesuatu tempat atau untuk menyertai sesuatu. (Kamus Dewan Perdana)

Lain-lain27.09.2022
assalamualaikum 1. bolehkah sekiranya saya mendapatkan format terkini penulisan minit mesyuarat sama ada dalam bentuk kotak atau pun tidak berkotak. 2. apakah perkataan lain yang sesuai selain dari perkataan mengakses. perkataan inggeris access. 3. adakah tajuk ini sesuai untuk menulis minit mesyuarat. MESYUARAT BERKENAAN PEMBINAAN SISTEM PAKIRAN BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM ( KALI PERTAMA)

1. Menulis minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Jika menggunakan bentuk dalam kotak, ruang TINDAKAN diletakkan di sebelah kanan (lajur akhir). Sekiranya ditulis menggunakan bentuk tanpa kotak, kenyataan TINDAKAN diletakkan di bawah teks atau perkara yang berkenaan. Penulisan minit mesyuarat yang baik hendaklah mematuhi ciri-ciri berikut : format yang betul (tajuk, maklumat mesyuarat, kehadiran), fakta betul, catatan yang ringkas, bahasa yang mudah difahami (tatabahasa yang betul), draf disediakan dalam tempoh tiga hari (maksimum tujuh hari) dan disemak oleh pengerusi. Untuk penjelasan lanjut, sila rujuk buku-buku yang membincangkan perkara ini.

2. Penggunaan selain daripada akses ialah capai/capaian.

3.  MESYUARAT PEMBINAAN SISTEM LETAK KERETA BERPALANG DI HOTEL UiTM BERSAMA JABATAN FASILITI UiTM, BIL. 1/2011

Tatabahasa11.04.2011
Salam Sejahtera. Tuan, Boleh saya dapatkan pengesahan sama ada pengunaan 'anggota mesyuarat' boleh digunakan untuk merujuk kepada ahli mesyuarat kerana mesyuarat dihadiri oleh Anggota Lembaga (Board Member)Pengunaan perkataan "anggota mesyuarat" boleh digunakan untuk merujuk kepada perkataan "ahli mesyuarat".Istilah23.06.2020
Saya ingin bertanya tentang susunan subjek dan pradikat seperti berikut: 1.Mesyuarat Agung Perwakilan Tahunan Alumni LPP atau Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP. 2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan atau Mesyuarat Agung Perwakilan Khas; 3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan atau Mesyuarat Agung Cawangan Tahunan; 4. Cawangan Alumni LPP Negeri Melaka atau Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka; 5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP atau Jawatankuasa Alumni LPP Pusat; 6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan atau Jawatankuasa Cawangan Alumni LPP; 7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri atau Alumni-alumni LPP Cawangan; 6.1. Mesyuarat Agung Tahunan Perwakilan Alumni LPP.
2. Mesyuarat Agung Khas Perwakilan.
3. Mesyuarat Agung Tahunan Cawangan.
4. Alumni LPP Cawangan Negeri Melaka.
5. Jawatankuasa Pusat Alumni LPP.
6. Jawatankuasa Alumni LPP Cawangan ...
7. Cawangan-cawangan Alumni LPP Negeri.
Tatabahasa09.08.2018
'mesyuarat ditangguhkan' atau 'mesyuarat ditamatkan ' Mana sata yg betul untuk digunakan semasa membuat catatan minit mesyuarat? Sekian , terima kasih.Frasa yang betul ialah mesyuarat ditangguhkan. Tatabahasa20.01.2010
Soalan 1: Agensi kami menjalin kerjasama dengan LAPAN di Indonesia. Ketua Pengarah akan ke negara berkenaan untuk mengadakan mesyuarat dan membincangkan projek kerjasama. Yang manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan bagi mesyuarat ini sama ada Mesyuarat Kerja ARSM-LAPAN atau Mesyuarat Kerjasama ARSM-LAPAN? Apakah makna sebenar Mesyuarat Kerja?Penggunaan frasa yang betul ialah "Mesyuarat ARSM - LAPAN", kecuali apabila melibatkan jawatankuasa kerja bolehlah dinamai "Mesyuarat Jawatankuasa Kerja ARSM - LAPAN".Tatabahasa13.04.2012
ADAKAH FORMAT BARU UNTUK PENULISAN MINIT MESYUARAT DAN SURAT KIRIMAN RASMI?

Format penulisan minit mesyuarat ada dua bentuk, iaitu dalam kotak dan tanpa kotak. Bentuk ini dipilih bergantung pada jenis mesyuarat yang diadakan. Misalnya, mesyuarat berkala lazimnya menggunakan format  kotak, manakala mesyuarat agung menggunakan format tanpa kotak. Bagi penulisan surat rasmi pula, format yang diguna pakai umumnya berbentuk santak kiri. Untuk penjelasan lanjut, sila berhubung dengan pihak INTAN atau  Jabatan Perkhidmatan Awam.

Lain-lain02.07.2009
12345678910...

Kembali ke atas