Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat; ~ agung perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll); bermesyuarat berunding, berapat, berbin­cang, berbicara: rakyat berhak berkumpul sama ada utk ~, bersuka ria atau bermua-fakat; memesyuaratkan sl membincangkan, me­rundingkan, membicarakan: baginda menyu-ruh panggil sekalian orang besar-besar ~ halnya itu; permesyuaratan perihal bermesyuarat, pe­rundingan, perbincangan, rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yg khusus yg lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir kpd sistem demokrasi; musyawarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : rundingan utk membincangkan sesuatu atau utk mencari sesuatu ketetapan: ~ agung rundingan besar (oleh sesuatu persatuan, badan dll). bermesyuarat berbincang atau berunding ttg sesuatu hal atau utk mencapai sesuatu keputusan: Pegawai-pegawai tinggi telah ~ utk mengurangkan perbelanjaan dlm negeri. memesyuaratkan membincangkan sesuatu dlm mesyuarat; mengadakan mesyuarat ttg sesuatu; merundingkan: Perkara itu telah dimesyuaratkan. permesyuaratan perbuatan atau hal bermesyuarat; perundingan; perbincangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah MABBIM

Istilah SumberIstilah IndonesiaIstilah BruneiIstilah MalaysiaBidang
council sittingmusyawarah dewanmesyuarat majlismesyuarat majlisSains Politik
executive councilTiadamajlis mesyuarat eksekutif/ excomajlis mesyuarat eksekutif/ excoSains Politik
state executive councildewan eksekutif (negara)majlis mesyuarat negerimajlis mesyuarat negeriSains Politik
Asia Europe Meeting (ASEM)Pertemuan Asia EropaMesyuarat Asia Eropah (ASEM)Mesyuarat Asia EropahSains Politik
electronic meeting systemsistem pertemuan elektroniksistem mesyuarat elektroniksistem mesyuarat elektronikTeknologi Maklumat
Sultan in CouncilSultan dalam MajelisSultan dalam Majlis MesyuaratSultan dalam Majlis MesyuaratSains Politik

Kembali ke atas