Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : perundingan (utk membincangkan sesuatu, atau mencapai sesuatu keputusan), pembicaraan, rapat; ~ agung perundingan besar (oleh sesuatu badan, persatuan, dll); bermesyuarat berunding, berapat, berbin­cang, berbicara: rakyat berhak berkumpul sama ada utk ~, bersuka ria atau bermua-fakat; memesyuaratkan sl membincangkan, me­rundingkan, membicarakan: baginda menyu-ruh panggil sekalian orang besar-besar ~ halnya itu; permesyuaratan perihal bermesyuarat, pe­rundingan, perbincangan, rapat: sistem politik Adat Perpatih mempunyai ciri yg khusus yg lebih banyak menekankan sistem ~ yg lebih hampir kpd sistem demokrasi; musyawarah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.syua.rat] | مشوارت

Definisi : rundingan utk membincangkan sesuatu atau utk mencari sesuatu ketetapan: ~ agung rundingan besar (oleh sesuatu persatuan, badan dll). bermesyuarat berbincang atau berunding ttg sesuatu hal atau utk mencapai sesuatu keputusan: Pegawai-pegawai tinggi telah ~ utk mengurangkan perbelanjaan dlm negeri. memesyuaratkan membincangkan sesuatu dlm mesyuarat; mengadakan mesyuarat ttg sesuatu; merundingkan: Perkara itu telah dimesyuaratkan. permesyuaratan perbuatan atau hal bermesyuarat; perundingan; perbincangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
meeting agendaagenda mesyuaratPentadbiranPentadbiran Awam

Perihal atau perkara yang diputuskan oleh pihak pengurusan atasan dalam sesebuah organisasi mengenai susunan hal yang akan dikemukakan untuk perbincangan dan pengesahan dalam mesyuarat. Agenda ini bertujuan untuk memastikan mesyuarat dapat dilaksanakan dengan lancar dan sempurna, mengikut keutamaan dan berdasarkan prosedur mesyuarat. Agenda mesyuarat berfungsi sebagai pemudah cara untuk pencatatan minit mesyuarat dan memberi ruang kepada ahli mesyuarat untuk mendapatkan maklumat terperinci tentang sesuatu perkara. Agenda ini perlu diedarkan lebih awal, biasanya seminggu sebelum mesyuarat dijalankan.

summit meetingsidang kemuncakKomunikasiKorporatMesyuarat berstatus tinggi yang dihadiri oleh pemimpin tertinggi yang mewakili negara atau organisasi. Mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua negara sekiranya agenda mesyuarat adalah mengenai kepentingan antara negara. Sekiranya agenda mesyuarat tertumpu kepada kepentingan operasi organisasi atau syarikat, maka mesyuarat tersebut akan dihadiri oleh ketua eksekutifnya. Tujuan sidang kemuncak ini adalah untuk membincangkan isu dasar, mendapatkan penjelasan, serta membuat keputusan dan persefahaman secara bersama. Mesyuarat ini penting kepada organisasi atau negara kerana mampu mempamerkan kesepakatan dan kesatuan dalam kalangan pihak yang terlibat. Kesannya, citra negara, organisasi, atau syarikat tersebut akan meningkat. Sebelum sidang kemuncak, biasanya beberapa sidang kecil diadakan terlebih dahulu dalam kalangan wakil pengurusan eksekutif. Persidangan kecil ini bertujuan untuk menyediakan hala tuju dan prosedur sidang kemuncak yang diadakan. Selain itu, mesyuarat kecil ini juga bertujuan untuk menyaring dan menggugurkan butiran mesyuarat yang dijangka boleh menimbulkan konflik semasa sidang kemuncak berlangsung.
main roombilik utamaUmumTiadaBilik mesyuarat utama bagi sesuatu mesyuarat yang diadakan secara bersemuka atau dalam talian.
quarterly meetingmesyuarat suku tahunanKomunikasiKorporatPerjumpaan atau perbincangan yang diadakan setiap tiga bulan. Secara umumnya, tujuan perjumpaan adalah untuk melakukan penelitian dan pemantauan rapi aktiviti yang berlaku dalam tempoh tersebut. Mesyuarat ini biasanya dihadiri oleh pengurus dan ahli tertentu dalam sesebuah organisasi. Pertemuan ini diadakan dalam bentuk mesyuarat rasmi antara pihak atasan dengan pihak pengurusan bawahan. Pihak perhubungan awam bertanggungjawab untuk menyediakan keseluruhan kemudahan mesyuarat, termasuklah laporan dan bantuan sekretariat. Tujuan mesyuarat adalah untuk memantau prestasi syarikat. Pertemuan ini juga memberikan peluang kepada pihak pengurusan atasan untuk menjelaskan strategi organisasi yang baru dan tindakan yang perlu dilakukan. Hasil pemantauan tersebut, maklum balas mengenai kemajuan program akan dijadikan tanda aras bagi penyelarasan dan pelaksanaan program pada tempoh seterusnya. Mesyuarat sering dilihat sebagai jambatan untuk mengeratkan hubungan dalam kalangan khalayak dalaman sesebuah organisasi.
meetingmesyuaratUndang-undangTiadaPersidangan Majlis yang bermula dari majlis bermesyuarat pada kali pertama selepas dipanggil mesyuarat pada bila-bila masa dan yang terakhir apabila Majlis ditanggungkan selama lebih daripada 14 hari atau dengan tidak ditentukan tarikh mesyuarat atau setelah tamat sesuatu penggal Parlimen.
annual meetingmesyuarat tahunanPentadbiranTiadaMesyuarat yang mesti diadakan setahun sekali.
breakout roombilik sampinganUmumTiadaBilik mesyuarat yang dipecahkan daripada bilik utama dan dibahagikan mengikut kumpulan tertentu sama ada mesyuarat yang diadakan secara bersemuka atau dalam talian. Bilik sampingan membolehkan peserta bertemu dalam kumpulan yang lebih kecil dan membincangkan isu-isu tertentu dalam waktu yang serentak sebelum kembali ke bilik mesyuarat utama.
executive sessionmesyuarat perundangan tertutupSejarahTiadaSesi mesyuarat tertutup badan perundangan yang bertujuan untuk menasihat atau mengawal kuasa eksekutif khususnya tentang perkara sulit, biasa dilakukan di dalam Senat, di Amerika Syarikat.
annual general meetingmesyuarat agung tahunanPentadbiran PerniagaanTiadaMesyuarat tahunan yang diadakan oleh sesebuah syarikat untuk menerima laporan lembaga pengarah dan penyata akaun bagi tahun berkenaan.
notice of meetingnotis mesyuaratPentadbiran PerniagaanTiadaPemberitahuan tarikh, waktu dan tempat mesyuarat.
12345678910

Kembali ke atas