Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.ta.fi.zik] | ميتافيزيک

Definisi : (métafizik) falsafah atau ilmu pe­ngetahuan mengenai segala yg di luar alam biasa atau yg tidak kelihatan, maakulat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.ta.fi.zik] | ميتافيزيک

Definisi : /métafizik/ falsafah mengenai segala yg di luar alam biasa. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metafizik


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PENYAIR METAFIZIK UMUM 
METAFIZIK

Metafizik adalah satu cabang dari ilmu falsafah

yang berkenaan dengan sesuatu yang berbentuk

semula jadi bagi alam nyata. Ia dinamakan juga

ilmu di sebalik alam semula jadi. Ia bertujuan

mengetengahkan sigat yang tersusun bagi alam ini

dan asas-asas (prinsip-prinsip) yang mengaturnya,

berbeza dengan ilmu alam semula jadi yang

membahaskan zahir (luaran) alam ini dengan

perbahasan yang terhad.

UMUM 
AYER, SIR ALFRED JULES

Ayer, Sir Alfred Jules (1910 –1989), ahli falsafah

British, memprolehi reputasi awal kerana bukunya

Language, Truth and Logic (1936). Buku ini

memperkenalkan falsafah yang dikenali sebagai

positivisme logik dan doktrin bahawa pesoalan

dalam metafizik adalah tanpa makna. Karya-karya

falsafahnya yang terkemudian termasuk The

Foundations of Empirical Knowledge (1940) dan

The Problem of Knowledge (1956).

Ayer lahir di London dan mendapat pendidikan

di Eton College serta Oxford University. Dia

menjadi profesor di London University pada tahun

1946, dan memegang jawatan Profesor Wykeham

Professor of Logic di Oxford University pada tahun

1959 hingga 1978.

UMUM 
SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS

SYED MUHAMMAD NAQUIB AL-ATTAS, Tan Sri (1931- ), cendekiawan Islam, ahli falsafah. Beliau lahir pada 5 September 1931 di Bogor, Indonesia. Syed Muhammad Naquib mendapat pendidikan awal di Johor Bahru. Beliau pernah belajar di Royal Military Academy, Sandhurst, England (1952-1955). Sekembalinya dari sana, beliau menyambung pelajaran di Universiti Malaya, Singapura, McGill (MA) University Montreal dan University of London hingga ke peringkat Doktor Falsafah (1966). Bidang pengkhususan pengajiannya tertumpu pada bidang Teologi dan Metafizik Islam.

SASTERATokoh

Kembali ke atas