Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (métal) logam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metal


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam Hormat, Saya memerlukan istilah yang tepat bagi perkataan inggeris "Metal Stamping Part dan Metal Stamping dies" yang digunakan untuk pembuatan kenderaan. Mohon kerjasama sewajarnya.Salam Sejahtera. Menurut data kami, tiada istilah untuk perkataan inggeris Metal Stamping Parts dan Metal Stamping dies. Namun begitu, kami mencadangkan padanan bahasa Melayu ialah Alat Ganti Tera Logam untuk Metal Stamping Parts dan Acuan Tera Logam untuk Metal Stamping dies.  Sekian. Terima kasih.Istilah24.07.2017
Bagaimana kita menterjemahan Terminology used in bending of metal sheet/plate dalam bahasa melayu seperti berikut: Bend length Bend allowance Setback Bend angle Bend radius Bevel angleIstilah bahasa Melayu yan g dicadangkan adalah seperti yang berikut:

bend length - panjang lentur
bend allowance - basi lentur
setback bend - lentur ke belakang/lentur belakang
angle bend - lentur sudut
radius - radius 
bevel angle - sudut serong
Istilah29.02.2016
bagaimana caranya membuat permohonan untuk papan tanda kilang. nama syarikat - YEWKO METAL ENGINEEERING SDN. BHDSila hantar visual iklan tuan melalui Khidmat Pengesahan Bahasa DBP.Selepas klik Khidmat Pengesahan Bahasa DBP, skrin Daftar masuk akan dipaparkan. Isi maklumat yang diperlukan kemudian klik daftar. Kod pengaktifan akan dihantar ke e-mel tuan. Demikian juga kata laluan (password) akan die-melkan kepadatuan. Lampirkan visual dalam menu permohonan.

Visual yang dilampirkan hendaklah mempunyai perkataan bahasa Melayu. Berdasarkan nama syarikat tuan, di dalam papan tanda tersebut hendaklah ditulis KILANG KEJURUTERAAN atau yang lain bersesuaian dengan aktiviti perniagaan tuan.
Lain-lain25.03.2014
bahasa melayu untuk perkataan-perkataan di bawah nama syarikat "trading in metal scrap....) dan apakah jenis perniagaan ini dinamakan dalam bahasa melayu. Pusat ?? Terima Kasih.Kami cadangkan Pusat Kitar Semula. Walau bagaimanapun, sila hantar iklan ini melalui Khidmat Pengesahan Bahasa pada laman web DBP untuk tujuan pengesahan bahasa.Lain-lain10.11.2011
Salam, saya perlukan bantuan dalam tukarkan ayat dalam bahasa inggeris ke bahasa melayu. sila rujuk bawah : DEALING IN ALL KIND OF SCRAP METALS FERROUS & NON-FERROUS METALUntuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan penterjemahan. Tuan hendaklah menterjemahkannya terlebih dahulu dan kemukakan kepada kami terjemahan tersebut agar dapat menyemak penggunaan bahasa Melayu dalam teks tersebut.Penyemakan dan penterjemahan11.07.2018
Salam hormat. Mohon cadangan istilah yang sesuai bagi perkataan yang berikut: 1) Lithium cooper recloser, 2) 6-line recloser battery, 3) Battery with wire leads, 4) Lithium coin blister card/pack, 5) Battery pack assembly (process of integrating modules into metal or carbon-fiber composite enclosures that incorporate power, charging and temperature management features). Terima kasih.Cadangan terjemahan adalah seperti yang berikut:

1. Pembalut Tembaga Litium
2. Pembalut Bateri 6 Garisan
3. Bateri dengan Wayar Kabel
4. Pek/Kad Gelumbung Bulatan Litium
5. Himpunan Pek Bateri

Walau bagaimanapun, cadangan terjemahan ini adalah bergantung pada kesesuaian dan  konteks penggunaan tuan.
Lain-lain07.01.2021
Apakah padanan Melayu bagi cloth bolt? Saya temukan perkataan ding di entri Kamus Inggeris-Melayu Dewan, di entri kedua bagi bolt dalam erti ketujuh: roll of woven fabric, wallpaper, etc, ding: a ~ of silk, sending kain sutera;. Tetapi di contoh ayat pada erti (sense) ketujuh entri tersebut menggunakan perkataan sending. • Saya turut membuat carian ding di PRPM namun, apabila saya menyertakan perkataan kain dalam carian, hasilnya tidak menunjukkan maksud bagi cloth bolt atau bolt of cloth tersebut.
Saya merujuk kepada data PRPM bagi kata bolt dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan, dan dapatan carian saya adalah seperti yang berikut, iaitu:


bolt2
n
 1. sliding metal bar to fasten door, gate, etc, selak2. metal bar or rod in lock, kancing3. fastening rod or screw to take a nut, bolt4. sliding bar in breech-loading firearm, pengancing5. short arrow for cross bow, anak panah; 6. flash of lightning, panahan petir; 7. roll of woven fabric, wallpaper, etc, gulung: a bolt of silk, segulung kain sutera;


Kemungkinan ada masalah teknikal sewaktu tuan/puan membuat carian tersebut.

Adakah yang sebenarnya tuan/puan maksudkan ialah 'a bolt of cloth'? Jika ya, maka padanannya ialah 'segulung kain'. Berdasarkan kamus Collins English Dictionary dalam talian, a bolt of cloth is a long wide piece of it that is wound into a roll round a piece of cardboard. 

Makna17.12.2023
Saya ingin bertanya, adakah terdapat istilah bahasa melayu untuk perkataan marine debris dan/atau marine litter? Berikut adalah definasi marine debris yang telah diberikan oleh Secretariat of the Convention on Biological Diversity: Marine debris is any persistent, manufactured or processed solid material discarded, disposed of, or abandoned in the marine and coastal environment. While this definition encompasses a wide range of materials, most items fall into a relatively small number of material types such as glass, metal, paper and plastic. Plastic items are the most abundant type of marine debris on a global scale and plastic is also the most frequently reported material in encounters between debris and marine organisms. Marine debris commonly stems from shoreline and recreational activities, ocean/waterway activities, smoking related activities, and dumping at sea (Ocean Conservancy, 2010). Man-made items of debris are now found in marine habitats throughout the world, from the poles to the equator, from shorelines and estuaries to remote areas of the high seas, and from the sea surface to the ocean floor. Mohon nasihatKami mencadangkan padanan istilah seperti berikut:

1. Marine debris: puing laut atau reja laut.

2. Marine litter: sarap laut, sampah laut atau sampah sarap laut. 

Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa. 
Istilah13.04.2021

Kembali ke atas