Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata meterai;


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan di antara meteri dan meterai dan mohon contoh penggunaan perkataan tersebut di dalam ayat. Terima kasih.
Menurut data kami tiada perkataan meteri manakala meterai merujuk kepada lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada dokumen, sijil, dan sebgainya sebagai tanda keabsahan atau ketulenannya, cap mohor (untuk raja-raja), segel, tera; ~ tempel Id cap yg ditampalkan sebagai tanda penerimaan wang; ~ upah Id cap sbg tanda pembayaran (upah dan lain-lain); memeterai membubuh meterai pada (sesuatu), mengecap; termeterai 1. tertera, tercap, tersegel; 2. ki tersimpul, terikat; ~ dalam hati terasa dalam hati; pemeteraian proses memeterai: perun-dingan EAEC yang dianjurkan oleh Malaysia sebagai projek bersama dan ~ tiga dokumen. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Makna24.10.2018
Untuk menandatangani MOU yang mana satu perkataan yang betul sama ada "memeterai", "mementerai" atau "mematerai"Frasa yang betul ialah "memeterai perjanjian...", iaitu daripada kata meterai (disebut - me.met.rai) yang bermaksud lambang rasmi sesebuah organisasi yang dilekatkan pada sesuatu dokumen, dan memeterai bermaksud membubuh meterai pada sesuatu. Perkataan memeterai tidak sama dengan perkataan mematerikan (bukan mematerai) yang berasal daripada kata pateri.Tatabahasa02.10.2015
Bagaimana hendak menggunakan perkataan diberi dan diberikan? Adakah contoh berikut betul penggunaannya: "Diberi dan dimeterai dengan meterai mahkamah".Diberi dan diberikan adalah bentuk pasif memberi dan memberikan.
Contoh: 

Ayah memberi saya dua helai baju baru. (ayat aktif)
Saya diberi dua helai baju baru oleh ayah. (ayat pasif)
Ayah memberikan dua helai baju baru kepada saya. (ayat aktif)
Dua helai baju baru diberikan kepada saya oleh ayah. (ayat pasif)

Untuk soalan tuan, ayat yang betul ialah:

Diberikan dan dimeteraikan dengan meterai mahkamah  (atau)
Meterai mahkamah diberi dan dimeterai
Tatabahasa25.02.2020
Saya hendak tanya terjemahan untuk perkataan "SIGIL"(contohnya, "fire sigil". Terima kasihSalam sejahtera,

Dalam data sistem kami, tidak wujud istilah bahasa Inggeris "SIGIL". Walau bagaimanapun, merujuk kepada Kamus Dewan Edisi Keempat, terdapat perkataan segel yang bermaksud:
 
1. cap (sbg. tanda), tera, meterai; ~ tempel segel yang dilekatkan pada surat tanda pembayaran dll
2. kupon (untuk membeli barang-barang);
menyegel 1. mengecap (degan tera, meterai); 2. membubuh cap (pd. surat-surat penting dll.)

Sekian untuk makluman.

Makna28.11.2017
di dalam surah yasin, terdapat ayat yang mengatakan bahawa Allah akan mengunci/memeterai/atau memateri mulut2 kita dan membiarkan anggota badan lain yang berbicara? Yang mana satu tepat ye? mengunci/memeterai/memateriMengunci bermaksud menutup, memeterai bermaksud membubuh meterai pada (sesuatu), atau mengecap. Kata memateri bermaksud menghubungkan atau menyatukan erat-erat. Berdasarkan makna tersebut kata mengunci sesuai digunakan dalam konteks ayat tersebut.Makna25.07.2012
Selamat Sejahtera! Please assist in checking the BM translations as below: 1. Made of food contact grade material. BM transalation: Diperbuat daripada bahan gred bersentuhan makanan. 2. Plastic bag with strong seal to prevent breakage. BM translation: Beg plastik berdinding kuat supaya tidak mudah koyak. 3. Security seal packed to avoid contamination. BM translation: Berbungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan kontaminasi. Thank you.Terjemahan:

a) Made of food contact grade material. Diperbuat daripada bahan gred sentuh makanan.
b) Plastic bag with strong seal to prevent breakage. Beg plastik kedap udara supaya tidak mudah koyak.
c) Security seal packed to avoid contamination. Bungkusan meterai keselamatan untuk mengelakkan pencemaran.  
Makna26.08.2019
Salam, apakah terjemahan bahasa Melayu untuk istilah inggeris berikut, "resealable plastic bag"? Terima kasih.Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk resealable plastic bag. Walau bagaimanapun, istilah seal mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti tutup, kedap dan meterai. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk resealable plastic bag ialah beg plastic boleh tutup semula.Istilah20.09.2012
Apakah terjemahan bagi istilah 'seal washer'? (kategori: kejuruteraan)Untuk makluman belum ada istilah khusus untuk seal washer. Walau bagaimanapun, istilah seal mempunyai beberapa padanan bahasa Melayu seperti tutup, kedap dan meterai. Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk seal washer ialah sesendal penutup.Penyemakan dan penterjemahan02.12.2015

Kembali ke atas