Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.to.de] | ميتودى

Definisi : (métode) 1. cara melakukan sesuatu, sistem; 2. Id buku pelajaran (kaedah belajar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata metode


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah perbezaan antara 'metodologi' dan 'metode'? boleh terangkan maksudnya?
metode (métode) 1. cara melakukan sesuatu, sistem

metodologi (métodologi) sistem yg merang­kumi kaedah dan prinsip yg digunakan dlm sesuatu kegiatan, disiplin, dsb.
Lain-lain10.09.2014
mana yang betul, metod atau metode atau methodYang betul ialah metode atau istilah yang lebih mudah difahami umum ialah kaedah.Istilah02.03.2009
Saya ingin mendapat kepastian perkataan dan ejaan sebenar yang merujuk kepada cara sesuatu penyelidikan akademik dijalankan sama ada "metode" atau "metod"? Terima kasihEjaan yang betul ialah metode. Walau bagaimanapun, kami mencadangkan tuan menggunakan perkataan "kaedah" dalam penulisan ilmiah.Tatabahasa02.11.2013
aSSALAAMUALAIKMUM Mohon semakan penggunaan dan ejaan perkataan berikut: 1.METOD atau METHOD (daripada perkataan methodology) 2. Jabatan Dokumentasi dan Method atau Jabatan Dokumentasi dan Metod1. Yang betul ialah metode atau istilah yang lebih mudah difahami umum ialah kaedah.
2. Yang betul ialah Jabatan Dokumentasi dan Metode
Ejaan21.08.2019
Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera, Mohon kerjasama tuan/puan untuk menilai penggunaan kata-kata di dalam seloka seperti dibawah : Handal bersembang, Ingar gemerencang, Selalu tunjuk belang, Walau banyak gebang, Ada gundik merangkap dayang, Deras ambil peluang, Inklusiviti penilaian akhirnya sumbang. Zaman multitugas, Ada yang berlaun. Ingkar metode asas, Tegas tambah elaun, Untung kaki kipas, Nanti semak akaun. (Nota : Seloka penceritaan tentang sikap seseorang yang suka bercakap besar, membuat penilaian berdasarkan sikap pilih kasih sehingga tidak mengambilkira peraturan yang sedang berkuat kuasa)Untuk menjawab soalan ini, mohon pihak tuan untuk meng-e-melkan soalan ini kepada YBrs. Dr. Syaidul Azam bin Kamarudin melalui alamat e-mel syaidul@dbp.gov.my.

Sekian, terima kasih.
Sastera01.08.2023
perbezaan makrolinguistik dengan mikrolinguistik

Mikrolinguistik merupakan bidang teoretis dalam linguistik. Cabang ini dibagi menjadi dua iaitu umum dan untuk bahasa-(bahasa) tertentu. Yang bersifat umum meliputi teori-teori linguistik yang terdiri dari fonologi (sistem bunyi bahasa), struktur (morfologi ‘tata kata’ dan sintaksis ‘tata kalimat’), serta sistem makna (semantik). Selain itu, ada linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif. Bidang teoretis untuk bahasa-(bahasa) tertentu meliputi linguistik deskriptif dan linguistik historis komparatif.

Makrolinguistik dibagi menjadi dua kelompok. Kelompok pertama merupakan bidang interdisipliner dan kelompok kedua adalah bidang linguistik terapan. Cabang-cabang linguistik yang termasuk dalam bidang interdisipliner adalah sosiolinguistik, psikolinguistik, neurolinguistik, etnolinguistik, kriminolinguistik, fonetik (akustik dan auditoris), stilistika, filsafat bahasa, filologi (mempelajari bahasa, kebudayaan, pranata dan sejarah suatu bangsa melalui naskah-naskah lama), semiotika (ilmu tentang tanda), epigrafi (ilmu tentang tulisan kuno pada prasasti-prasasti), serta paleografi (penafsiran tulisan kuno). Kelompok bidang makrolinguistik kedua adalah bidang-bidang terapan, yaitu pengajaran bahasa, penerjemahan, leksikografi (linguistik terapan yang mencakup metode dan teknik penyusunan kamus), fonetik terapan, sosiolinguistik terapan, pembinaan bahasa internasional, pembinaan bahasa khusus, linguistik medis, grafologi, mekanolinguistik (linguistik komputasi, bidang linguistik terapan yang mencakup penggunaan linguistik untuk ilmu komputer dan usaha untuk membuat mesin penerjemahan; memanfaatkan komputer dalam penelitian bahasa).

Untuk maklumat lanjut sila rujuk laman berikut: 

http://prasastibahasa.com/?p=19.

cakrabuwana.files.wordpress.com/.../linguistik-klmpok-3-rombel-3.pdf

Makna22.10.2009

Kembali ke atas