Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mé.wah] | ميواه

Definisi : (méwah) 1. segala-galanya banyak (makanan, harta, dll), serba berlebih, serba elok: kampung itu ~ dgn makanan; 2. sangat mahal dan memberi kepuasan serta keselesa­an: kereta ~; makanan ~; hotel ~; barang-barang ~ barang-barang yg elok tetapi tidak mustahak benar; hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak; bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan: saya tidak mampu datang ke sini utk bercuti dan ~; memewahkan menjadikan mewah: beliau tidak melakukan apa-apa utk ~ diri sejak menyertai politik; kemewahan perihal mewah: ia sedar bahawa kesenangan dan ~ hidup yg dirasainya itu disebabkan harta pusaka Mak Haji sendiri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mé.wah] | ميواه

Definisi : /méwah/ serba-serbinya banyak (bkn makanan, harta dll); serba berlebih: Negeri ini ~ dgn barang-barang makanan. hidup ~ hidup dgn makanan dan barang-barang yg serba banyak. bermewah berbelanja dgn berlebih-lebihan; menggunakan sesuatu secara berlebih-lebihan: Dia ~ dgn apa yg dimilikinya setelah lama bekerja keras. bermewah-mewah hidup dgn serba mewah; menjalani kehidupan secara mewah: Mereka ~ setelah mewarisi harta peninggalan datuknya yg kaya-raya. memewahkan menjadikan mewah: Kerjaya sbg ahli perniagaan yg berjaya dpt ~ kehidupannya. kemewahan keadaan mewah; kesenangan: Mereka bekerja keras utk mencari ~ hidup. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mewah (adjektif)
Bersinonim dengan kaya-raya, makmur, senang-lenang, berlebih-lebihan, serba berlebih, lewah, melimpah-limpah, melimpah-ruah, penuh-ruah;,
Kata Terbitan : kemewahan,

Peribahasa

Air didih menganak sungai.

Bermaksud :

Hiburan yang sangat mewah.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
silkstocking district or warddaerah mewah/mukim mewahSains PolitikPolitik PerbandinganTiada
silkstocking district or wardmukim mewahSains PolitikPolitik PerbandinganLihat daerah mewah.
spectacle theatrepanggung mewahKesenianDrama dan TeaterPanggung teater yang dilengkapi dengan kemudahan canggih untuk binaan set yang mewah bagi menghasilkan pementasan teater yang besar dan gemilang kesannya. Contohnya, Istana Budaya di Kuala Lumpur.
glampingperkhemahan mewahPelanconganTiada‘Glamping’ ialah akronim perkataan ‘glamour’ dan ‘camping’ yang membawa maksud percutian berkonsepkan aktiviti perkhemahan yang selesa dan mewah.
plush finishingpenyudah mewahKesenianHiasan DalamanPemotongan tertentu yang kelihatan sama paras dan rata yang dapat dilihat secara minimum. Biasanya menimbulkan sifat mewah untuk menggambarkan penyudah seperti pada karpet. Karpet yang dihasilkan daripada yarn yang dipintal mengikut proses tanpa pemanasan. Perapian karpet dilakukan dengan cara menggunting dan memberus.
silkstocking district or warddaerah mewahSains PolitikPolitik PerbandinganWilayah yang mendapat atau menggunakan belanjawan yang besar walaupun saiz kawasannya kecil. Wilayah ini mempunyai pembangunan yang pesat, infrastruktur yang hebat serta aktiviti ekonomi yang rancak. Pentadbiran wilayah Putrajaya sebagai wilayah pentadbiran negara dapat dianggap sebagai daerah mewah apabila perbelanjaan yang sangat besar diperuntukkan di kawasan tersebut. Sinonim mukim mewah.
luxuriesbarang mewahEkonomiTiadaTiada
deluxekelas mewahPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
tentalowkhemah mewahPelanconganTiadaKemudahan penginapan khemah seperti kemudahan yang terdapat seperti rumah banglo.
generous exposurededahan mewahKomunikasi MassaTiadaTiada
1234567

Kembali ke atas