Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.wa.jar.kan] | مواجرکن

Definisi : menjadikan dapat diterima atau dianggap sbg sepatutnya atau seharusnya demikian, menjadikan (memperlihatkan dsb) wajar: filem ini tidak berusaha utk ~ kekuasaan kolonial bangsa kulit putih; saya tidak nampak sebarang alasan atau hujah yg kuat yg dapat ~ kita bertindak menghapuskan tulisan Jawi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.wa.jar.kan] | مواجرکن

Definisi : menjadikan wajar; menjadikan dpt diterima sbg yg biasa: Kita tidak harus ~ perlakuan yg kurang sopan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mewajarkan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
justifymewajarkanFizikTiadaTiada
justifymewajarkanKomunikasiTiadaTiada
weightingmewajarkan;pemberatanKejuruteraanTiadaTiada
justifymewajarkanKejuruteraanTiada1. Menjajarkan data di sekitar sesuatu rujukan di bahantara storan.,2. Menghasilkan teks yang mempunyai jidar kiri dan kanan yang sedatar.
justifymewajarkanKesenianTiadaTiada
casus bellialasan peperanganSejarahTiadaPeristiwa, keadaan atau tindakan yang mewajarkan berlakunya peperangan.
commercial quantitykuantiti komersialKejuruteraanTiadaJumlah minyak dan/atau gas yang cukup untuk mewajarkan kos pengeluarannya.
escalation of commitmentpeningkatan iltizamPengurusanPerancanganPola tingkah laku yang melibatkan seseorang atau sekumpulan individu yang terus berusaha untuk mewajarkan sesuatu keputusan dan tindakan mereka, walaupun berdepan dengan hasil dan implikasi yang semakin negatif. Contohnya, seorang pelabur yang terus menambahkan pelaburannya ke dalam sesuatu projek perniagaan walaupun pelaburan tersebut telah menunjukkan tanda-tanda kerugian.
machiavelmachiavelKesusasteraanTiadaWatak tipa dalam sesebuah karya yang mendapat namanya daripada Niccolo Machiavelli (1469 � 1527), seorang negarawan dan ahli falsafah di Florence, Itali. Beliau menulis sebuah karya yang mewajarkan konsep �matlamat menghalalkan cara� dalam pentadbiran negara. Bukunya sering dirujuk dalam drama yang dihasilkan pada Zaman Ratu elizabeth 1 pada abad ke-17. Pada zaman tersebut, nama Machiavelli muncul dan dikaitkan dengna sifat kedurjanaan dan kecurangan. Watak penjarah yang terdapat dalam karya tragedi balas dendam dikenali juga sebagai Machiavel.
criticismkritikanKesusasteraanTiadaCabang pengajian yang berkaitan dengan perihalan sastera. Contohnya, mendefinisikan karya sastera, mengklasifikasikan karya sastera berdasarkan genre, mentafsirkan makna, menganalisis struktur dan gaya, menilai mutu melalui perbandingan dengan karya lain, menjangkakan kesan terhadap pembaca, menetapkan prinsip umum kritikan sastera, dan mewajarkan kehadiran karya sastera daripada usaha menyanggah, menafikan, menolak dan menapisnya. Kritikan sastera berfokus pada empat perkara, iaitu pengarang, teks, khalayak dan konteks. Dalam proses kritikan ini, keempat-empat perkara tersebut digunakan, sama ada secara bersendirian, bertindan atau bergabung. Kritikan sastera juga memanfaatkan teori kritikan seperti marxisme, strukturalisme, pascastrukturalisme, pascamodenisme, pascakolonialisme, feminisme dan sebagainya. Teori kritikan juga berfokus pada empat perkara di atas. Lihat juga kritikan kehakiman, kritikan Marxis, kritikan moral, kritikan pascakolonial, kritikan pascastrukturalis, kritikan pramatik.

Kembali ke atas