Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[miang] | مياڠ

Definisi : 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka mem­fitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ke­takutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat ke­sukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[miang] | مياڠ

Definisi : 1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
miang (adjektif)
Bersinonim dengan gatal, biang, giang, geli, merenyam, birah, menggeletis, menggelenyar, galak, lugut, pengah, pengas.,

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Bermaksud :

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Kedah

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
caeh[tSAeh]kata adjektifberkenaan perempuan yang galak, cedas, keletah, merenyam, gatal, miang.Anak dara tu nampak caeh sangat, tegoq jantan tu tegoq jantan ni.[A.nA/ dA.ÒA tu nAm.pA/ tSAeh sA.NAt t«.gâÖ dZAn.tAn tu t«.gâÖ dZAn.tAn ni]Anak gadis itu nampaknya miang sangat suka menegur lelaki.
melecaeh[m«.l«.tSAEh]kata adjektifberkenaan perempuan yang miang, galak, menggatal atau gelenyar.Bujang tu nampak melecaeh sangat, tak kera jantan mana, dia nak impet.[bu.dZAN tu nAm.pA/ m«.l«.tSAEh sA.NAt tA/ kE.ÒA dZAn.tAn mA.nA di.jA nA/ im.pet]Janda itu kelihatan amat galak, semua lelaki hendak didekatinya.
merenyau[m«.Ò«.øAw]kata adjektif1. merasa gatal yang menyerap ke seluruh badan, miang.Lepaeh sepa keluaq utan buloh tu, badan sepa rasa merenyau.[l«.pAEh sE.pA k«.lu.wA)Ö u.tAn bu.loh tu bA.dAn sE.pA ÒA.sA m«.Ò«.øAw]Selepas kami keluar dari hutan buluh itu, badan kami terasa gatal.

Kembali ke atas