Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[miang] | مياڠ

Definisi : 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka mem­fitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ke­takutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat ke­sukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[miang] | مياڠ

Definisi : 1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
miang (adjektif)
Bersinonim dengan gatal, biang, giang, geli, merenyam, birah, menggeletis, menggelenyar, galak, lugut, pengah, pengas.,

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Bermaksud :

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Dialek Pulau Pinang

EntriFonetikKelas KataMaknaAyat DialekSebutan AyatMaksud Ayat
   2. gatal atau miang berkenaan perangaiKita ni pompuan, tak elok merenyau lagu tu.[ki.tA ni pom.pu.wAn tA/ E.l/ m«.Ò«.øAw lA.gu tu]Kita ini perempuan, tidak elok berperangai miang seperti itu.
merela[m«.Ò«.lA]kata adjektifgatal atau miang berkenaan perangai seseorangBudak pompuan tu merela sangat, aku naek meluat tengok dia.[bu.dA/ pom.pu.wAn tu m«.Ò«.lA sA.NAt A.ku nAe/ m«.lu.wAt tE.N/ di.jA]Budak perempuan itu sangat gatal, saya jadi benci melihatnya.
merenyau[m«.Ò«.øAw]kata adjektif1. berasa gatal di seluruh badan miangKot mana pon aku kena pi mandi jugak. Kalu tak mandi merenyau badan.[kot mA.nA pon A.ku k«.nA pi mAn.di dZu.gA/ kA.lu tA/ mAn.di m«.Ò«.øAw bA.dAn]Bagaimanapun saya perlu mandi juga. Kalau tidak mandi gatal badan.

Kembali ke atas