Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[miang] | مياڠ

Definisi : 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka mem­fitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ke­takutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat ke­sukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[miang] | مياڠ

Definisi : 1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
miang (adjektif)
Bersinonim dengan gatal, biang, giang, geli, merenyam, birah, menggeletis, menggelenyar, galak, lugut, pengah, pengas.,

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Bermaksud :

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Pantun

PantunSumberTema
Susahlah hati menumbuk emping, Dedaknya miang banyak berantah; Susahlah hati duduk bersanding, Anaknya dipinang emak yang nikah.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Padang lalang rumputnya tinggi, Siapa melapah tentunya miang; Orang peradang mulutnya keji, Suka berbantah memalukan orang.Khazanah Pantun Melayu RiauNasihat Nasihat
Sejak beruk memakai pedang, Banyaklah kera bercawat ekor; Sejak datuk mulai miang, Banyaklah betina tak dapat tidur.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Api siapa di ladang itu, Api orang memeram labu; Laki siapa yang miang itu, Pagi petang dalam kelambu.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apalah tanda buah kepayang, Siapa merasa lidahnya pedih; Apalah tanda si tua miang, Bersua perawan ludah meleleh.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Apalah tanda buah kepayang, Bila dimakan rasa tercekik; Apalah tanda si tua miang, Bersua perawan mata melik.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Dari kapal meniti batang, Salah bawa jatuh bedebuk; Laki gatal bini pun miang, Mentua gila anak pun mabuk.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Wakil bukan sebarang wakil, Wakil orang menghantar tanda; Degil bukan sebarang degil, Degil miang mengejar janda.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana khatib takkan merajuk, Pagi petang mencari bilal; Bagaimana nasib tidakkan teruk, Laki miang bini pun gatal.Khazanah Pantun Melayu RiauJenaka
Bagaimana kita hendak menyayur, Santan kelapa sudah terbuang; Bagaimana hamba hendak menegur, Belum disapa abanglah miang.Khazanah Pantun Melayu RiauKasih Sayang/Cinta
12

Kembali ke atas