Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[miang] | مياڠ

Definisi : 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka mem­fitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ke­takutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat ke­sukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[miang] | مياڠ

Definisi : 1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
miang (adjektif)
Bersinonim dengan gatal, biang, giang, geli, merenyam, birah, menggeletis, menggelenyar, galak, lugut, pengah, pengas.,

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Bermaksud :

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Glosari Leksikal Bahasa Sukuan

Bahasa Suku KaumTakrifContoh AyatRujukanSumber
malipantang.Eh, Ansang Miang, tapi kami tak sukakannya. Sudahlah tua tambahan pula mali, jawab ibu bapa Gurang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lanji Ib, MSrgatal, miang.Kak Siti yang ketika itu sedang syok-syok tidur dan tidak tahu-menahu tentang kedatangan duda senget sebelah yang lanji lagi gila bayang itu, jadi tergegau. Lalu kiak-kaunglah dia menjerit.Ketipung Bunga JambuGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mayam Ibsejenis pokok yang berbuah kecil dan digemari oleh burung merpati liar, kulitnya miang apabila terkena kulit.Ketika itu juga terlena seekor burung merpati sehingga tidak lagi mengenali pokok mayam yang masak dan yang muda mengakibatkannya termakan buah yang muda.Novel SatangkaiGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
kelam Ibsejenis manik.Amboi, cantik betul kelam tembaga ini! Sungguh cantik tempat ini, kata Manang Engkejuang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
lusong Ky, Kh, LB, Pekurap.Orang ramai di rumah panjang itu memang tidak suka melihat mereka bertiga yang terlalu kotor kerana dihinggapi oleh lusong dan puik.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
ngabang Ibseseorang yang datang sebagai tetamu rasmi dalam sesuatu upacara atau majlis.Adalah, nak menjemput kamu ngabang, kata Baring. "Eh, bilakah upacara ini diadakan saudara Baring?" tanya mereka lagi.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
sempekang Ibsejenis kail buaya.Dia mengurut-urut serta dipicit-picit tempat yang sakit itu supaya dia dapat mengeluarkan benda itu. Benda itu sebenarnya sempekang iaitu kait yang digunakan untuk menangkap buaya.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
selabit Ibsejenis bakul sandang yang biasanya digunakan untuk membawa barang-barang yang berat dan kasar.Maja pun pergilah dengan membawa selabit dan sebaik saja dia pergi Keling dan kawan-kawannya bangunlah.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
mikai Ibnama sejenis pokok kayu keras; Shorea.Eh, potong saja akar pokok ara dari sebelah-menyebelah pokok mikai, ia akan gugur, selepas itu nanti akan sembuh pokok mikai itu, jawab Pak Tibang.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
begagung, *gagung* Ibbaju tanpa lengan (pakaian tradisional lelaki Iban).Seorang lelaki yang kelihatan gagah perkasa tapi mempunyai susuk badan yang sederhana besar pun datang. Dia memakai gelang manik, pedang di pinggang dan begagung.Gurang dengan Ansang MiangGlosari Leksikal Bahasa Sukuan
12345

Kembali ke atas