Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[miang] | مياڠ

Definisi : 1. bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan; 2. = ~ gatal gatal yg merenyam (pd kulit); 3. = ~ gatal ki suka mengurat sehingga kadangkala membawa pd bersetubuh, biang, gasang; ~ jelatang a) miang kerana kena jelatang; b) ki suka mem­fitnah, penghasut; se ~ kalam kecil (sedikit) sekali; habis ~ kerana bergeser prb hilanglah ke­takutan atau canggung kalau sudah biasa mengerjakan sesuatu pekerjaan; rebung tak ~, bemban pula ~ prb orang yg tidak campur tangan dlm sesuatu pekerjaan mendapat ke­sukaran sedangkan yg patut bersusah berdiam diri. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[miang] | مياڠ

Definisi : 1 bulu yg terdapat pd rebung (daun jelatang dll) dan menggatalkan kulit jika tersentuh. 2 berasa gatal pd kulit. 3 = ~ gatal suka atau ingin bersetubuh. ~ jelatang a. miang atau gatal kerana terkena jelatang. b. suka memfitnah atau menghasut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
miang (adjektif)
Bersinonim dengan gatal, biang, giang, geli, merenyam, birah, menggeletis, menggelenyar, galak, lugut, pengah, pengas.,

Peribahasa

Habis miang kerana bergeser.

Bermaksud :

Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).

 

Lihat selanjutnya...(6)


Peribahasa Melayu

PeribahasaTakrifSumber
Rebung tak miang, bemban pula miang.Orang yang bersangkutan berdiam diri, sedang orang luar ikut campur.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Habis miang kerana bergeser.Sesuatu kesukaran akan hilang apabila sudah menjadi kebiasaan. (Peribahasa lain yang sama makna: Habis geli oleh geletek, habis rasa [= bisa] oleh biasa).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Kain pendinding miang, wang pendinding malu.Segala sesuatu hendaklah digunakan pada tempatnya, supaya dapat mengambil faedah daripada benda-benda itu.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Bagai tidur di atas miang.Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Terpijak bara hangat).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Terpijak bara hangat.Sangat gelisah. (Peribahasa lain yang sama makna: Bagai tidur di atas miang).Kamus Istimewa Peribahasa Melayu
Sedangkan pucuk lagi tak merah, konon pula selaranya.Waktu lagi kaya tidak pernah berderma, apalagi waktu miskin. selara = bulu halus-halus seperti miang pada tumbuh-tumbuhan.Kamus Istimewa Peribahasa Melayu

Kembali ke atas