Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : halus, kecil: secara ~; neraca ~ Id dacing utk menimbang barang-barang yg sangat kecil. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : halus; kecil: secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikro


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah yang dimaksudkan dengan "Pengurusan Mikro"?Tidak ada maklumat tentang dfinisi pengurusan mikro dalam pangkalan data kami. Melalui carian di Internet, pengajaran mikro dikaitkan dengan konsep pengajaran yang tertumpu kepada sesuatu skop kemahiran. Maka begitulah juga dengan konsep pengurusan mikro yang tertumpu kepada satu aspek pengurusan sahaja. Walau bagaimanpun untuk maklumat yang persis, sila rujuk buku pengurusan yang banyak di pasaran.Makna26.08.2013
Assalamualaikum, Saya ingin bertanya tentang perkataan "micromanaging, micromanager, micromanagement". Apakah perkataan untuk menterjemah ketiga-tiga perkataan tadi ke dalam bahasa Malaysia? Adakah "mikropengurus,mikropengurusan" atau "pengurusan mikro, pengurus mikro"? Terima kasih.Untuk makluman, belum ada istilah bahasa Melayu yang khusus untuk "micromanaging, micromanager dan micromanagement". Walau bagaimanapun, terdapat istilah seperti mikrokewangan, mikropemasaran dan mikroekonomi dalam pangkalan data kami. Oleh itu, istilah yang dicadangkan ialah mikropengurus dan mikropengurusan.Istilah09.04.2013
APA ITU LINGUISTIK MIKRO SERTA BAHAN RUJUKAN YG BERKAITAN DARI DBP .TERIMA KASIH

Puan Fauziah,

Linguistik mikro ialah cabang linguistik yang mengkaji  sistem bahasa secara berasingan. Untuk maklumat lanjut puan perlu membuat rujukan dan kajian di perpustakaan atau di pusat sumber di tempat saudara.

Lain-lain30.03.2010
Assalamualaikum, saya siti azrah dari Institut Kejuruteraan Mikro dan Nanoelektronik UKM. Saya ingin bertanya tentang istilah bahasa melayu yang sesuai apabila tajuk kajian saya diubah dari bahasa inggeris ke bahasa melayu Tajuk kajian penyelidikan saya ialah "Synthesis and characterization of TiO2-ZnO core-shell nanograss for dye-sensitized solar cell". Apakah istilah bahasa melayu yang sesuai untuk perkataan "core-shell" "nanograss" dan "dye- sensitized solar cell". Saya berharap pihak tuan dapat membantu saya. Terima kasihUntuk makluman, belum terdapat istilah khusus untuk "core-shell" dan "dye-sensitized solar cell" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat padanan bahasa Melayu untuk istilah yang berikut:
core- teras
shell - petala
dye-pewarna
sensitized - terpeka
solar cell- sel suria

Oleh itu, padanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "core shell" ialah petala teras dan "dye-sensitized solar cell' ialah sel suria terpeka pewarna.
Istilah06.09.2015
Mohon semak terjemahan: 1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian 2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama atau Perkhidmatan Guna-Sama 3. Micro Precision - Kejituan MikroTerjemahan yang diberikan adalah betul dan ketepatannya bergantung pada konsep dan konteks penggunaan.

1. Pressure Vessel Technology and Testing - Teknologi Bekas Tekanan dan Pengujian
2. Shared Services - Perkhidmatan Bersama/Perkhidmatan Guna Sama
3. Micro Precision - Kejituan Mikro
Istilah11.01.2016
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "microtransaction"? Terima kasih.Pihak kami mencadangkan terjemahan untuk "microtransaction" sebagai urus niaga mikroMakna01.05.2020
Salam, Maaf kerana masih mengganggu dengan terjemahan untuk racun makhluk perosak, saya sedang menterjemah nama-nama racun perosak untuk Jadual Pertama Akta Racun Makhluk Perosak 1974. Ada lebih kurang 2000 racun perosak kimia dan mikro-organisma yang perlu diterjemah. Soalan saya kali ini ialah apakah terjemahan untuk : Bacillus thuringiensis isolates for control of the Plutella group of Lepidoptera. Sekian.Bacillus thuringiensis isolates for control of the Plutella group of Lepidoptera, gabungan nama kimia dan kata umum. Cadangan kami, frasa tersebut diterjemahkan kepada Basilus Turinginsis diasingkan untuk mengawal Plutela Kumpulan
Lepidoptera.
Penyemakan dan penterjemahan19.03.2015
Apakah terjemahan yang sesuai untuk "megabat" dan "microbat" yang masing-masing merujuk pada kelompok kelawar.Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah megabat secara umumnya ialah kelawar mega dan istilah microbat ialah kelawar mikro. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah26.01.2024
SAYA INGIN MENGETAHUI TERJEMAHAN PERKATAAN INI DALAM BAHASA MELAYU YANG TEPAT BAGI ISTILAH BIOLOGI MAKANAN. 1. CHEMOPORATION 2. MICRO-ENCAPSULATION 3. TAXONOMIC FAMILY 4. LIPOSOME FUSION SEKIAN, TERIMA KASIH.

 1. CHEMOPORATION - Tiada dalam rekod kami

2. MICRO-ENCAPSULATION - Pengkapsulan mikro

3. TAXONOMIC FAMILY - Keluarga taksonomi

4. LIPOSOME - Liposom

Makna19.06.2009
1. Adakah wujud istilah bahasa melayu secara khusus bagi perkataan-perkataan berikut: instafamous, twitter famous, Facebook famous dan youtubers? Jika wujud, apakad istilah yang tepat? 2. Perkataan-perkataan berikut adalah berkaitan jenis-jenis pempengaruh (influencer). Adakah betul maksud bagi perkataan berikut: a)mega influencer=pempengaruh mega b)macro influencer=pempengaruh makro c)micro influencer=pempengaruh mikro d)advocate=penyokong e)referrer=perujuk f)loyalist=penyetia

Perkataan "Instafamous", "Twitter famous", "Facebook famous" dan "Youtuber" digunakan dalam konteks tidak rasmi. Kami mencadangkan padanan perkataan tersebut sebagai Instagram terkenal, Twitter terkenal, Facebook terkenal dan pengguna Youtube.

Cadangan padanan bahasa Melayu:







a) pempengaruh mega

b) pempengaruh makro

c) pempengaruh mikro

d) penyokong, menyokong

e) perujuk

f) penyokong setia

Semua padanan bergantung kepada penggunaan ayat dan konteks.

Istilah11.04.2020
12

Kembali ke atas