Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mi.kro.or.ga.nis.ma] | ميکرواورݢانيسما

Definisi : (Bio) organisma halus (mis bakteria, virus, protozoa, dll) yg hanya dapat dilihat dgn mikroskop. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mi.kro.or.ga.nis.ma] | ميکرواورݢانيسما

Definisi : ist organisma yg sangat kecil dan dpt dilihat hanya dgn menggunakan mikroskop. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mikroorganisma


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
indigenous microorganismmikroorganisma asal/mikroorganisma peribumiPertanian OrganikTanaman Makanan-
effective microorganismmikroorganisma bermanfaatPertanianAgroteknologiCampuran mikroorganisma anaerobik yang mempunyai kesan baik terhadap proses pembentukan produk pertanian. Contohnya, bakteria asid laktik yang menggalakkan proses fermentasi bahan tanaman seperti rumput untuk dijadikan silaj. Selain itu, mikroorganisma Bokashi yang terhasil daripada pemeraman sisa buah-buahan dan sayur-sayuran pula boleh dijadikan baja cecair. Mikroorganisma ini terdapat secara semula jadi dalam persekitaran. Bahan makanan boleh digunakan untuk membiakkan mikroorganisma tersebut untuk dijadikan campuran mikroorganisma bermanfaat.
microaerophilemikroaerofilPerubatanTiadaMikroorganisma mikroaerofilik iaitu mikroorganisma yang hidup baik hanya dalam jumlah oksigen yang sedikit.
allelopathyalelopatiBiologiEkologiKesan mudarat sesuatu mikroorganisma atau tumbuhan ke atas mikroorganisma atau tumbuhan lain, akibat penghasilan sebatian sekunder oleh mikroorganisma atau tumbuhan berkenaan.
antibioticantibiotikBiologiMikrobiologiBahan yang dihasilkan oleh mikroorganisma, dan berupaya merencatkan pembiakan dan pertumbuhan mikroorganisma lain. antibiotik digunakan untuk merawat penyakit yang disebabkan oleh mikroorganisma, terutamanya bakteria. antibiotik yang pertama ditemui ialah penisilin, yang dihasilkan oleh kulat penisillium notatum. misalan antibiotik termasuklah streptomisin, aureomisin, kloromisin, dan tetramisin.
funguskulatBiologiMikologiMikroorganisma eukariot unisel atau multisel yang tidak mengandungi klorofil dan membentuk dinding sel tegar yang mengandungi kitin dan/atau selulosa. Bentuk vegetatif (talus) kebanyakan mikroorganisma ini terdiri daripada hifa. Sebahagian besar mikroorganisma ini tidak motil dan membiak secara aseks, biasanya melalui pembentukan konidium. Dalam pembiakan seksnya, saling tindakan antara individu mungkin melibatkan anisogami, sentuh gamet, isogami, oogami, atau somatogami.
biofertilizerbaja biologiPertanianAgronomi

Rumusan campuran mikroorganisma berfaedah yang boleh diberi kepada akar, biji benih atau tanah untuk meningkatkan peleraian nutrien melalui aktiviti biologi mikroorganisma itu. Rumusan ini akan juga meningkatkan populasi mikroorganisma berfaedah dalam tanah dan dengan itu membaiki kesuburan tanah. Contoh baja biologi termasuk rhizobium yang digaul dengan biji benih kekacang supaya membolehkan pengikatan nitrogen dari udara. Selain itu kulat selulotik (menghadam selulos) dicampur dalam tanah untuk mempercepatkan penguraian bahan organik untuk membebaskan nutrien.

co-oxidationko-oksidasiBioteknologiTiadaProses yang dijalankan oleh mikroorganisma apabila sesuatu bahan diubah kepada bahan lain tanpa penggunaan bahan tersebut sebagai sumber karbon bagi pertumbuhan mikroorganisma berkenaan. Dalam hal ini, mikroorganisma hanya bertindak sebagai pemangkin bagi proses biotransformasi.
microbial contaminationkontaminasi mikrobHerbaPeraturan dan PemasaranPencemaran yang disebabkan oleh mikroorganisma seperti bakteria dan fungus. Pencemaran boleh berlaku semasa proses pengilangan yang mungkin berpunca daripada bahan mentah yang digunakan, pekerja kilang atau persekitaran kilang. Spesifikasi produk perlu meliputi had spesifikasi bilangan mikroorganisma dan tiada mikroorganisma berbahaya yang wujud seperti E. coli, Pseudomonas sp., S. aureus dan albicans.
biofertilizerbaja biologiPertanianAgroteknologiBaja yang terdiri daripada rumusan campuran mikroorganisma berfaedah untuk pertumbuhan akar, biji benih atau kesuburan tanah bagi meningkatkan peleraian nutrien melalui aktiviti biologi mikroorganisma berkenaan. Rumusan ini juga akan meningkatkan populasi mikroorganisma berfaedah di dalam tanah. Contohnya, Rhizobium yang digaul dengan biji benih kekacang membolehkan pengikatan nitrogen dari udara. Kulat selulotik pula dicampur di dalam tanah untuk mempercepat penguraian bahan organik bagi membebaskan nutrien.
12345678910...

Kembali ke atas